[VIDEO] Gadis Luah Rasa Hampa, Minta Nasi Nak Pedas Tapi Kedai Makan Bagi Cili Yang Banyak
Banyak betul cilinya tu ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memesan makanan secara online sudah menjadi kegemaran ramai orang kerana ia lebih memudahkan berbanding beli di kedai
Anda hanya perlu muat turun aplikasi tersebut dan memesan makanan yang anda suka, mereka akan terus hantar di depan rumah anda.
Kebiasaannya juga terdapat satu kotak remarks ketika membuat pesanan untuk anda memberitahu apa yang anda inginkan daripada mereka.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis memberitahu agar kedai makan untuk menambahkan pedas pada nasinya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beritahu supaya kedai tambahkan sedikit rasa pedas pada nasi goreng
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi makanan yang dipesannya di salah sebuah kedai.
Dia memberitahu kedai tersebut untuk membuatkan nasi goreng agar sedikit lebih pedas daripada biasa.
Namun, dia merasa hampa selepas melihat makanannya itu kerana ia bukanlah seperti yang diminta. Kelihatan kedai makan tersebut memberikannya cili yang begitu banyak.
Menurutnya pedas yang dimaksudkan adalah pedas yang mungkin diblend atau sebagainya tetapi bukan dengan cara meletakkan cili sebegitu banyak.
"Janganlah kecam dia suruh gigit cili. Dia nak rasa pedas yang sebati dengan nasi" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen ramai yang mengecam gadis itu. Tetapi, ada juga yang memahami apa yang dia cuba sampaikan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 332.8K views, 13.1K likes dan 4,032 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: