seismik

"Bila Kau Lama Tak Lepak" - Teruja Boleh Dine-In Siap Menangis Dapat Minum Teh Tarik Mamak

Lepas rindu ya dapat dine-in.

Cover image via @kenanganmengusikjiwaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pandemik Covid-19 di negara telah memaksa kita semua untuk hidup dengan norma baharu

Bukan saja di Malaysia, tetapi wabak berbahaya ini juga telah merebak di seluruh dunia. Disebabkan itu, adalah amat penting untuk kita semua menjaga keselamatan diri masing contohnya seperti pengambilan vaksin.

Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga telah menyebabkan banyak kedai 'gulung tikar' kerana tiada pendapatan dan tidak mampu untuk membayar sewa.

Tetapi, baru-baru ini kerajaan telah pun mengumumkan kedai makan kini boleh dimakan secara dine-in khas untuk individu yang sudah lengkap dua dos vaksin.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki menangis kerana akhirnya dapat lepak di kedai mamak telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Teruja akhirnya dapat dine-in sambil minum teh tarik dekat kedai mamak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersama beberapa orang lagi rakannya di sebuah restoran mamak.

Dia kemudian meminum air teh tarik yang telah dipesannya. Sebaik saja meminumnya, dia mula menangis membuatkan rakannya bertanya mengapa dia sedih.

Dia menjawab "Minum dekat kedai, lama tak lepak mamak". Situasi itu membuatkan si rakan memujuknya dan mengajaknya untuk minum bersama. Walaupun reaksinya dilihat seperti lakonan tetapi ia memang dapat dirasai ramai.

"Nampak ikhlas air mata tu, I feel you bro. Kaki mamak je faham ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut dapat relate dengan situasi itu. Malah, ramai yang rindukan untuk lepak bersama-sama rakan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 90.4K likes dan 2,067 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai, sedih pula tengok dia. Rindu betul nak lepak mamak dengan kawan-kawan :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: