"Astaga" - Tulis Nak Minta Bahagian Ayam, Tapi Ayat Pelanggan Ini Pula Jadi Perhatian
Dia tak tahu ejaan kot?
Memesan makanan secara online atau delivery kini lebih memudahkan
Bukan saja dapat menjimatkan masa malah kita tidak perlu bersusah payah untuk keluar membelinya betul tak?
Namun, sebagai seorang rider pasti anda pernah menghadapi pelbagai kerenah pelanggan kan? Sama seperti ciapan yang tular di Twitter ini apabila seorang lelaki berkongsi perbualan antara dia dan pelanggannya telah mengudang tawa ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Nak minta bahagian 'thigh' tapi lain yang ditulis
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi perbualan mesej antara dia dan pelanggannya.
Difahamkan, lelaki yang bekerja rider itu berkongsi pengalamannya yang pertama kali dapat pesanan mesej begitu daripada pelanggan.
Pelanggan itu dilihat mahu meminta bahagian badan ayam kegemarannya. Namun, dia menulis 'taik' yang sebenarnya maksudnya adalah mahukan bahagian 'thigh'.
"Aduh peha cik peha, gunalah bahasa melayu kalau tak reti eja thighs" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perbualan mesej itu.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 4,625 retweets, 798 quotes tweets dan 7,640 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!