"Salah Faham" - Perbualan Rider Dengan Customer Masa Nak Hantar Makan Ini Undang Tawa
Malu-malu.
Ramai kini yang memilih untuk memesan makanan secara delivery kerana lebih mudah dan menjimatkan masa
Bukan itu saja, anda juga tak perlu bersusah untuk keluar jauh beli makanan betul tak? Sebab kini semuanya dihujung jari.
Kebiasaannya, pelanggan boleh mesej penghantar makanan melalui aplikasi tersebut jika terdapat apa-apa yang diinginkan.
Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang rider berkongsi momen lucu ketika dia mahu menghantar makanan ke rumah pelanggannya telah mengundang tawa ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tersalah faham dengan mesej yang pelanggan hantar
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang rider menunjukkan momen lucu ketika dia sedang bermesej dengan seorang pelanggannya.
Difahamkan, pada awalnya pelanggan wanita itu meminta agar rider tersebut menghantar pada blok dan nombor rumah yang diberikan.
Namun, lelaki itu tersalah faham dengan meningatkan wanita itu bermain dengannya kerana dia tidak tahu blok yang mana satu perlu dihantar. Rupa-rupanya wanita itu memberitahu ianya adalah "block (i)" dan bukanlah mahu dia meneka.
"Yang kelakar sekarang kau bang bukan dia" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perbualan mesej mereka berdua itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 139.9K likes dan 1,076 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!