seismik

Tunjuk Bukti Dah Hantar Barang, Gelagat Abang Courier Berjoget Dalam CCTV Ini Menghiburkan

Hyper betul.

Cover image via @jllmisai (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya syarikat courier akan menghantar barang yang kita beli secara dalam talian

Zaman sekarang memang mudah kerana anda tidak perlu bersesak-sesak untuk keluar membeli. Pesan saja secara dalam talian dan mereka akan hantar di depan pintu rumah anda.

Namun, ada sesetengah pelanggan yang tidak berpuas hati dengan khidmat courier ini kerana pekerjanya ada yang mencampakkan saja barang semasa pelanggan tiada di rumah.

Lain pula dengan video di Twitter ini apabila gelagat seorang abang courier berjoget dalam CCTV semasa mahu menghantar barang pelanggannya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sempat berjoget masa nak hantar barang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menghantar barang di rumah pelanggannya.

Namun, dia tiba-tiba ternampak CCTV yang berada di luar dan terus mengangkat barang tersebut menandakan dia ingin menghantarnya.

Lebih melucukan lagi, dia juga siap berjoget pelbagai tarian yang sempat dirakam oleh CCTV itu.

"Selalu penerima yang happy bila parcel sampai. Ni dia hantar dia yang happy sakan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat abang courier itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 282.4K views, 6,498 retweets dan 10.4K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripda netizen di Twitter:

Amboi, kemain sakan bang joget tak ingat dunia :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: