[VIDEO] Cara Pekerja J&T Ini Susun Barang Dengan Baik Dekat Rumah Customer Curi Perhatian
Terbaik bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang mengambil inisiatif untuk membeli barang secara online saja
Tidak kiralah barangan basah, barangan elektrik, sendiri dan sebagainya. Semuanya kini boleh beli secara online saja. Ini sangatlah memudahkan kita dan dapat menjaga keselamatan diri dek kerana wabak Covid-19.
Sudah tentu, pekerja syarikat penghantaran yang akan menghantar barangan kita ini di rumah. Namun, pasti anda pernah rasa ‘geram’ dengan sesetangah pekerja ini kan? Sebab mereka hanya mencampakkan barangan itu dan kadang kala meletakkannya merata-rata.
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pekerja syarikat penghantaran meletakkan barangan dengan baik mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi cara pekerja letakkan barang di depan rumah dengan baik
Menerusi video tersebut, seorang gadis telah menunjukkan cara seorang pekerja lelaki dari sebuah syarikat penghantaran meletakkan barangan di depan rumahnya.
Lelaki tersebut dilihat meletakkan barangan tersebut di depan rumah pemilik itu sambil menyusun kesemua barangan. Malah, dia juga memegang barangan tersebut untuk diletakkan di bawah secara berhemah agar ia tidak terjatuh walaupun barangan itu kecil.
Situasi itu membuatkan gadis berkenaan memuji tindakkannya itu kerana meletakkan barangan tersebut dengan baik sekali. Dia juga berterima kasih dengan lelaki itu kerana keikhlasannya ketika melakukan kerja.
Gadis itu memberitahu dia tidak dapat turun ke bawah kerana sedang berada dalam tempoh kuarantin.
"Buat kerja ikhlas, pendapatan pun berkat nanti" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji sikap pekerja tersebut yang ikhlas. Ada juga yang mendoakannya agar dimurahkan rezeki dengan apa yang dilakukan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 193.3K ikes dan 3,447 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: