seismik

[VIDEO] Minta Sayur Lebih, Wanita Ini Sampai Tergelak Tengok Hasil Burgernya

Perli ke apa tu.

Cover image via @arinaazhar15 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Restoran makanan segera sememangnya menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan pantas

Malah, ia juga boleh dibeli secara pandu lalu tanpa perlu keluar kereta. Makanan yang ditawarkan juga enak-enak belaka.

Kebiasaannya, jika kita ingin meminta permintaan istimewa seperti cili sos lebih atau sebagainya, pasti kita akan menulis note ataupun maklumkan kepada pekerja itu betul tak? Tetapi, bukan semua permintaan kita diikuti, ada yang dapat dan ada juga yang tidak.

Berbeza pula dengan video ini apabila seorang wanita tidak kering gusi melihat hasil permintaan istimewa selepas membeli burger telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@arinaazhar15

terima kasih mcd medan gopeng , kenyang sistur makan sayur

original sound - ArinaAzhar

Terkejut tengok sayur 'berterabur' dalam burger

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu baru sahaja membeli burger di sebuah restoran makanan segera terkenal.

Difahamkan, dia meminta permintaan istimewa iaitu sayur lebih ke dalam burgernya. Namun, sebaik saja medapat makanan, dia terkejut melihat hasilnya.

Dapat dilihat, pekerja berkenaan meletakkan penuh sayur ke dalam burgernya sehingga melimpah-ruah. Situasi itu membuatkan dia terhibur dan tidak berhenti ketawa.

"Belum makan lagi dah tercekik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 78.9K likes dan 2,040 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, sekali dia bagi banyak betul tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: