seismik

"0.5 Dulu" - Aksi Pak Cik Ikut Trend Nak Berselfie Ini Curi Perhatian Ramai

Padu pak cik.

Cover image via @qhadijah_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang trend kita boleh lihat di media sosial yang menjadi ikutan ramai

Bukan pada anak muda saja, malah pada golongan dewasa juga. Pelbagai konten menarik dalam platform berkenaan.

Antara trend yang dilihat dalam media sosial sekarang adalah cara mengambil gambar dengan menggunakan kamera wide 0.5x.

Seperti video di TikTok ini apabila gelagat seorang pak cik mengambil gambar selfie di sebuah tempat telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@qhadijah_

pakcik 0.5 luh! tak ajak kami!

original sound - Snqrz

Berdiri tegak sebab nak ambil gambar wide selfie 0.5x

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang berada di sebuah lokasi kedai makan.

Namun, mereka tiba-tiba terlihat aksi seorang pak cik di hadapan mereka yang mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar.

Apa yang lebih mencuit hati adalah aksi pak cik itu dilihat berdiri di tengah-tengah kedai sambil menggunakan kaedah wide selfie kamera 0.5x berserta dengan timer. Situasi itu membuatkan mereka terhibur melihatnya.

"Dengar kata pak cik tu sampai sekarang duduk berdiri situ" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 236.5K views, 17.3K likes dan 201 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Rasa nak tengok hasil pak cik tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: