seismik

"Macam Bahasa Jawa" - Gelagat Budak Menyanyi Lagu Trend Di TikTok Ini Mencuit Hati

Bolehlah dik.

Cover image via @mipanzeze (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TikTok merupakan aplikasi dan platform kegemaran ramai untuk berkongsi konten mereka

Bukan sekadar konten jenaka saja, malah kita juga boleh memperoleh ilmu daripada platform tersebut.

Tambahan lagi, sekarang mudah saja benda nak viral bukan? Hanya muat naik video saja dan ramai yang dapat melihat konten kita. Ia termasuklah lagu-lagu hit yang menjadi ikutan ramai.

Sama seperti video ini apabila gelagat seorang budak lelaki cuba untuk menyanyi lagu viral di TikTok telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Cara menyanyi pula cuit hati

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak sedang menyanyikan lagu dan trend yang sedang viral di TikTok iaitu lagu If We Ever Broke Up.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah cara nyanyian dan sebutannya ternyata telah mencuit hati ramai.

Dia juga siap melakukan gaya tarian yang sedang diikuti ramai orang di platform tersebut.

"Owh kalau manual macam ni rupanya, cute ko dik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 70.4K views, 5,251 likes dan 129 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bantai je lah adik, asalkan ada bunyi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: