seismik

Diva AA & Diva BB Akhirnya Bersua Muka, Netizen Pula Teruja Tengok Gabungan Mereka Ini

Macam adik-beradik!

Cover image via @mrs.iela (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang kenal akan pengacara dan pelakon popular Azwan Ali atau Diva AA betul tak?

Gaya dan personalitinya ternyata membuatkan ramai masih ingat padanya walaupun sudah lama tidak muncul di kaca TV.

Seperti yang semua tahu, beliau adalah seorang yang lantang bersuara dan suka meluahkan pendapatnya. Malah, ada juga individu yang bergurau dengan meniru semula gaya dan suaranya.

Tular apabila kecoh yang mendakwa Azwan Ali 'mengamuk' dek kerana ada individu yang meniru suara dan gayanya telah mendapat perhatian ramai. Individu itu kemudian memberi reaksi kepada berita tersebut.

Lihat video itu di bawah:

Semua kena scam, rupa-rupanya berbaik saja

Menerusi video tersebut, kelihatan individu yang dikenali sebagai Diva BB itu memberikan respon terhadap sebuah artikel yang ditulis mengenainya kerana mendakwa Diva AA marah padanya.

Tetapi, rupa-rupanya difahamkan mereka ini baik-baik saja. Ia selepas tularnya sebuah video yang memaparkan mereka berdua akhirnya bersua muka dan kelihatan bermesra saja.

Lihat video itu di bawah:

@mrs.iela Replying to @Marshall kau sekolah tak? sudahnya netizen yg pening #fyp #divaAA #divaBB original sound -
@mrs.iela Replying to @Faded Figure diva AA vs diva BB. credit video ayamgoreng786 #fyp #divaAA #divaBB #durianbalikpulau #durianbalikpulau_routep14 #duriananjungindahbalikpulau original sound -

"Diva AA ni memang baik orangnya. Mulut je dia macam tu tapi hati dia mulia sangat" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 441.6K views, 15.9K likes dan 360 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau dua-dua bergabung ni mesti kelakar habis! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: