seismik

Tiba-Tiba Peluk & Dukung MK, Pandangan 'Side Eye' Isteri Jadi Perhatian Tapi Rupa-Rupanya

Dah risau dia.

Cover image via @wawa.evs (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan MK penyanyi daripada kumpulan K-Clique bukan?

Baru-baru ini, dia baru saja melangsungkan perkahwinannya bersama isteri tercinta Siti Hajar yang dilihat meriah sekali.

Rakan-rakan artis juga turut hadir bagi meraikan pasangan mempelai itu. Ramai yang mengucapkan tanhiah pada mereka.

Namun, lain pula terjadi semasa majlis bersalaman bersama pengantin apabila seorang individu dilihat tiba-tiba memeluk MK yang membuatkan si isteri juga terkejut melihatnya.

Lihat video itu di bawah:

@wawa.evs Siapa kah perempuan yg berani peluk MK depan wife dia ni? Tapi dia lawa pakai make up @SEMULA BEAUTY original sound - Wawa Evs

Rupa-rupanya adik sendiri buat prank

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu sedang melayan tetamu yang datang untuk bersalam dan bergambar dengan mereka.

Namun, datang seorang individu berjubah maroon yang tidak ditunjukkan muka tiba-tiba memeluk dan mengangkat MK.

Situasi itu membuatkan MK terkejut dan tertanya-tanya siapakah ini. Lebih menarik perhatian pandagan si isteri juga dilihat tajam semasa dia memeluknya.

Rupa-rupanya dia adalah adik kepada MK sendiri membuatkan mereka semua terhibur melihatnya.

"Muka wife dia berubah terus, tahniah MK" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan mengucapkan tahniah atas perkahwinannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.8M views, 423.4K likes dan 2,728 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Nasib baik adik dia sendiri, buat hal betul :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: