Jadikan Air Masak Sebagai Kuah, Cara Sekumpulan Pekerja Asing Ini Makan Nasi Raih Tumpuan
Macam tu je dia buat kuah.
Jika kita lihat di sektor pembangunan, kebiasaannya pekerja asing yang banyak melakukannya
Pekerjaan mereka ini bukan mudah kerana perlu menanggung banyak risiko. Malah, mereka ini dilihat banyak berjimat untuk memberikan kepada keluarga mereka yang jauh di kampung halaman.
Namun, baru-baru ini seorang individu telah berkongsi cara sekumpulan pekerja asing menjamu selera telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Buat air masak sebagai kuah
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu semasa itu berada di sebuah tapak pembinaan.
Dapat dilihat dia menunjukkan beberapa orang pekerja asing ketika itu mahu menjamu selera sambil duduk bersila.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah cara mereka makan nasi dengan menjadikan air masak sebagai kuah lauk mereka.
"Ni baru betul menu rahmah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 206.1K views, 2,559 likes dan 225 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!