seismik

Gelagat Kawan Bangladesh First Time Order McD Ini Menghiburkan, Siap Tanya Ada Nasi Goreng

Aduhai, pun bolehlah.

Cover image via @kawannahim (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mempunyai kawan yang ramai dan berlainan bangsa adalah satu keunikan kerana banyak yang kita boleh belajar daripada mereka

Bukan semua orang yang ada kawan berlainan bangsa dan negara betul tak? Kita juga boleh belajar banyak perkara mengenai negara dan budaya mereka.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi gelagat rakannya yang berasal dari Bangladesh telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat video itu di bawah:

Pertama kali pesan McDonald's, tanya ada jual nasi goreng tak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi gelagat rakannya yang berasal dari Bangladesh itu.

Mereka dilihat singgah ke restoran makanan segera popular iaitu McDonald's. Difahamkan, itu adalah pertama kali rakannya itu memesan makanan di restoran berkenaan.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap bertanyakan rakannya adakah di sini menjual nasi goreng ayam. Situasi itu membuatkan si rakan tergelak mendengarnya.

"Hahaha frust member tak ada nasi goreng ayam" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat rakannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 995.5K views, 70.7K likes dan 1,213 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok.

Comel je kawan dia tanya ada jual nasi goreng tak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: