"Terus Telan" - Rakan Suruh Cuba Makan Tiram, Tapi Cara Lelaki Ini Makan Pula Buat Terkedu
Salah bang!
Tiram merupakan antara salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai sekarang ini
Banyak kedai atau restoran yang kita boleh lihat telah menjual hidangan tiram ini. Ramai yang mengatakan ia sedap dan disebabkan itu tiram ini dijual dalam pelbagai bentuk hidangan.
Namun, bagi yang pertama kali mahu cuba memakannya, anda akan pasti merasa sedikit pelik kerana tidak biasa betul tak?
Lain pula dengan video ini apabila cara seorang lelaki memakan tiram telah menghiburkan hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak tahu cara makan tiram, ingat terus telan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang merakam seorang rakannya yang mahu cuba untuk memakan tiram buat pertama kali.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dia dilihat terus menelan tiram itu tanpa mengunyahnya terlebih dulu.
Situasi itu membuatkan lelaki itu tergelak kerana tidak menyangka rakannya akan makan begitu sekali.
"Tengah pelik kenapa dia tak tersedak" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 462.8K views, 31.9K likes dan 172 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!