Hargai Peminat Malaysia, Penyanyi Rusia Ini Keluarkan Lagu Versi Bahasa Melayu Pula
Khas untuk peminat di Malaysia!
Viral baru-baru ini lagu yang menjadi bualan ramai seorang penyanyi dari Rusia iaitu Amirchik
Lagunya itu menjadi banyak background sound terutama bagi pengguna di TikTok. Malah, dia juga siap mengeluarkan ayat yang sama bunyi dengan lagunya itu walaupun ia tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Namun, baru-baru ini dia berkongsi telah mengeluarkan lagunya itu dalam versi bahasa Melayu oleh kerana menghargai peminatnya di Malaysia.
Lihat video TikToknya di bawah:
Buat versi penuh lirik bahasa Melayu yang betul
Tak dinafikan, muziknya memang sedap didengar dan menjadi fenomena di Malaysia dan disebabkan itulah ia mendapat perhatian penyanyi itu sendiri.
Jika sebelum ini dia menggunakan lirik yang asal sebutan sama untuk peminat Malaysia. Selepas saja lagunya itu viral, kali ini dia mengeluarkan lagu penuhnya yang bertajuk 'Cinta Ini' dalam versi penuh bahasa Melayu.
Lihat video penuh lagu itu di bawah:
"Rasa macam satu-satunya penyanyi luar yang betul-betul appreciate orang Malaysia. Terima kasih menghibur kami" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kegigihannya dan memberi pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ditulis, video berkenaan telah meraih 385K views, 54.2K likes dan 2,564 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!