seismik

Penyanyi Rusia Ini Buat Lirik Melayu Lepas Lagu Viral, Tapi Ayatnya Pula Menghiburkan

"Tinggi mayat".

Cover image via Amirchik (YouTube) & @amirchiiik_ (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, ramai pengguna di media sosial terutamanya di TikTok menggunakan lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari Rusia ini

Pasti ramai yang telah mendengar lagunya itu. Walaupun kita tidak faham liriknya dalam bahasa Rusia, tetapi ramai yang merekanya sendiri asalkan sebutannya sama seperti dalam lagu.

Tak dinafikan, muziknya memang sedap di dengar dan menjadi fenomena di Malaysia dan disebabkan itulah ia mendapat perhatian penyanyi itu sendiri.

Selepas saja lagunya itu viral di Malaysia, dia mengeluarkan secara rasmi muzik videonya dengan menggunakan lirik dalam bahasa Melayu sendiri.

Lihat video muziknya di bawah:

'Bantai' letak lirik dalam bahasa Melayu, asalkan bunyi sama

Menerusi video tersebut, kelihatan penyanyi dari Rusia yang bernama Amirchik itu baru saja mengeluarkan muzik video rasminya beberapa hari lalu.

Namun, apa yang membuatkan ramai tidak sangka adalah dia meletakkan caption berbahasa Melayu dalam videonya itu.

Walaupun ia bukanlah bahasa Melayu yang betul, tetapi effortnya untuk meletakkan lirik yang seakan dengan bunyinya itu ternyata mendapat pujian netizen walaupun ia sangat kelakar.

"The way he appreciates Malaysian fans is superb" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen Malaysia memberikan pujian buatnya kerana menghargai peminatnya di Malaysia.

Sehingga kini, muzik video itu telah meraih 168K views, 13K likes dan 1,558 comments di YouTube.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di YouTube:

Automatik terus menyanyi sekali baca lirik dia tu :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: