Terdapat Unsur Dilarang Dalam Islam, Ini Maksud Sebenar Lagu Viral 'Bodoh Piang' Di TikTok
Kalau betul liriknya ada makna tidak elok, sebaiknya kita jauhi lagu macam ini.
Baru-baru ini, ramai pengguna di media sosial terutamanya di TikTok menggunakan lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari Russia ini
Pasti ramai yang telah mendengar lagunya itu. Walaupun kita tidak faham liriknya dalam bahasa Russia, tetapi ramai yang merekanya sendiri asalkan sebutannya sama seperti dalam lagu.
Tak dinafikan, muziknya memang sedap di dengar dan menjadi fenomena di Malaysia dan juga mendapat perhatian penyanyi asal sehingga mengeluarkan secara rasmi muzik videonya dengan menggunakan lirik dalam bahasa Melayu sendiri.
Tonton video muzik berkenaan di bawah:
Dalam lirik lagu didakwa terdapat unsur dilarang dalam Islam
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau memberitahu lirik korus lagu itu ada mengandungi sedikit perkara yang tak elok untuk kita nyanyikan.
Katanya, kalau boleh, elakkan nyanyi korus lagu itu kerana beliau pernah menetap di Krimea (dulu jajahan Ukraine, kini jajahan Rusia) selama 7 tahun dan boleh memahami sikit bahasa Rusia.
Berikut di bawah adalah perkongsian penuh yang dimuat naik oleh beliau:
Kebelakangan ni, saya selalu dengar lagu "Bodoh Piang" dimainkan di sosial media sebagai lagu latar. Lagu bahasa Rusia tu jadi sangat popular di Malaysia, sebab ia catchy dan sebutannya dianggap kelakar.
Mungkin ada yang tahu, dan ada yang tidak: lirik korus lagu itu, ada mengandungi sedikit perkara yang tak elok untuk kita nyanyikan. Kalau boleh, elakkan nyanyi korus lagu itu.
Mana saya tahu maksud liriknya tak berapa elok? Sebab saya pernah menetap di Krimea(dulu jajahan Ukraine, kini jajahan Rusia) selama 7 tahun. Jadi saya boleh fahamlah sikit bahasa Rusia.
Lagu ni berjudul "Eta Lyubov' (Ini Cinta / Cinta Ini) nyanyian Amirchik.
Korusnya berbunyi:
Eta lyubov' samaabman
I da utra ya budu pʹyan
Viski – narkoz i v ablaka
Ty ne maeya, ty ne maeya
Makna:
Cinta ini, adalah tipu daya (diriku) sendiri
Dan sehingga pagi ku kan(akan) mabuk
Wiski – narkos, dan ke awan
Kau bukan milikku, kau bukan milikku
Nampak tak kenapa saya kata tak elok?
"Ya budu p'yan" yang selalu diparodikan oleh orang kita sebagai "Ya bodoh piang" tu membawa maksudnya "Aku akan mabuk".
Ini bukan melawak. Ini betul-betul.
Ada juga disebut dalam korus itu tentang minuman keras(wiski/whiskey), tak sedarkan diri(narkos/narkosis) dan berkhayal/high (ke awan).
Tak berapa sesuai dinyanyikan berulang-ulang, kan?
Dalam rangkap lain, tiada masalah sangat. Sekadar bercerita tentang kesedihan penyanyi yang tak berjaya memiliki insan yang dia kasihi.
Saya beri maksud rangkap-rangkap lain:
Ty ne maeya, a ya ne tvoy
Nash razgavor – pʹyanaya bolʹ
Vremya prashlo, ty khaladna
Teperʹ ya s drugoy, i ty zanyata
Makna:
Dan aku bukan milikmu
Perbualan kita– sakit yang memabukkan
Masa pun berlalu, kau (menjadi) dingin
Sekarang ku bersama (insan) lain, dan kamu sibuk(dengan perkara lain).
A mozet lucshe budet vovse teperʹ
Ya podobral kluchi, no ne otkril dverʹ
I mne tak zalʹ, to ty siyayeshʹ ne dla menya
Smiryusʹ, to ty ne moya
Makna:
Atau mungkin sekarang semuanya lebih baik
Ku ambil kunci, tapi tak ku buka pintu
Dan ku amat sesal, kerana kau tak bersinar untukku
Ku pasrah(terima), kau bukan milikku
Vop-vop, ty tak krasiva
Klop-klop, udalyays arkhiva
Ya lubuysʹ toboy, ty ze diva
Iz kakovo-to filʹma
Maknanya:
Wah-wah, kau sangat cantik
Klap-klap(bertepuk), ku padam dari arkib
Ku mengagumimu, kau (seperti) diva
Dari sesebuah filem
Ya stoboy, tak khochu sot katʹsa
I nadeysʹ, u menya poluchit sa
No ty ne maeya i ya muchiyusʹ
Makna:
Ku ingin bergambar dengamu
Dan ku harap bisa mendapatkannya
Tetapi kau bukan milikku, dan ku merana
Dalam pada itu, beliau berkata niatnya cuma sekadar ingin memberitahu dan berpesan sahaja. Jelasnya lagi, beliau rasa terpanggil untuk memaklumkan perkara ini, kerana beliau faham makna lirik tersebut.
"Lepas kalian dah tahu, terpulanglah pada kalian. Semoga bermanfaat!," ujarnya.
Tonton juga video penjelasan daripada seorang pengguna di TikTok mengenai lagu viral ini di bawah:
Menerusi perkongsian yang dimuat naik lelaki itu, dia menjelaskan bahawa lirik lagu tersebut banyak menceritakan tentang khayal dan arak.
Jadi, ia menjadi persoalan 'apakah hukum kita menggunakannya, mendengarnya atau menyanyikan lagu ini?".
Tambahnya lagi, Imam Al-Ghazali rahimahullah mengkategorikan nyanyian dan lirik yang diharamkan oleh syarak sebagai nyanyian dan lirik yang merangsang syahwat dan membawa kepada maksiat seperti zina dan arak.
"Bukan itu sahaja, mendengar lirik berkenaan sama ada dilagukan ataupun tidak dikategorikan sebagai bersubahat dalam dosa sama seperti orang yang melantunkannya.
"Jadi saya harap sebelum kita share ataupun gunakan lagu ini kita kaji dulu maksud dia dan pastikan ia tidak menlanggar syarak. Wallahualam," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!