seismik

[VIDEO] Lelaki Kongsi Situasi Seram Kerja 7-Eleven Shift Malam Ini Buat Ramai Boleh Relate

Husnuzon jelah mungkin habuk terkena sensor.

Cover image via @fxzysf (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut saja tentang makhluk halus atau entiti misteri, pasti kita akan terbayang rupa mereka yang menyeramkan dan hodoh bukan?

Kadangkala entiti ini juga boleh menyamar sebagai manusia biasa dan menyerupai orang sekeliling tanpa kita sedar.

Namun, lain pula ceritanya seorang pekerja 7-Eleven ini berkongsikan situasi seramnya yang boleh buat sesiapa sahaja meremang bulu roma.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

@fxzysf

husnizone je la mungkin habuk terkena sensor

original sound - ay cabron

Loceng pada sensor pintu tiba-tiba berbunyi walaupun tiada pelanggan yang melangkah masuk

Dalam video berkenaan, si pemilik video yang pada asalnya berasa normal tiba-tiba mula rasa tak senang duduk bila sensor pintu 7-Eleven mula berbunyi tanpa sebab.

Iyalah, loceng ini akan berbunyi automatik jika sensor pintu berjaya mengesan sesiapa sahaja yang melangkah masuk kedai serbaneka 24 jam ini.

Kalau perkara ini berlaku pada waktu siang, ia mungkin tak memberi kesan pada kita. Tapi, jika ia berbunyi tanpa sebab pada tengah malam, boleh kecut perut dibuatnya.

"Dulu kerja 7E, kalau shift malam mesti dengar orang tutup peti ais, check CCTV tak ada siapa pun" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut yang kini meraih sehingga 303.2K tontonan, 55.1K tanda suka dan 523 komen di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen yang pernah bekerja di 7-Eleven pada shift malam sempat berkongsikan pengalaman seram mereka.

Bahkan, banyak lagi situasi lain yang menyeramkan boleh relate juga pernah berlaku seperti pintu yang terbuka sendiri dan bunyi peti ais yang ditutup walaupun tak ada pelanggan berkunjung.

Ada juga yang pernah menerima pelanggan yang tak dapat dilihat di CCTV. Seramnya, boleh berdiri bulu roma dibuatnya!

Berikut antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh, seram sejuk pula dibuatnya bila baca balik komen pekerja 7-Eleven yang lain kongsi pengalaman seram mereka :O

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: