seismik

[VIDEO] Ibu Kongsi Situasi Seram Si Anak Naik Dengan 'Budak Misteri' Di Funfair

Seram weh bila tengok banyak kali.

Cover image via @rienarosnijbqueen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebut saja tentang makhluk halus atau entiti misteri, pasti kita akan terbayang rupa mereka yang menyeramkan dan hodoh bukan?

Namun, kadangkala entiti ini juga boleh menyamar sebagai manusia biasa dan menyerupai orang sekeliling tanpa kita sedar.

Situasi berkenaan juga terjadi kepada seorang ibu ini yang menceritakan kisahnya mengenai kehadiran 'budak misteri' dalam satu rakaman video di sebuah funfair di Johor baru-baru ini.

Menurutnya, seorang kanak-kanak lelaki ada duduk bersebelahan anaknya, walau bagaimanapun budak lelaki itu tiba-tiba lesap ketika mereka sedang menaiki sebuah permainan berpusing.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Awalnya si anak duduk berdua dengan seorang lagi kanak-kanak lelaki

Namun, selepas pusingan kedua permainan itu berlangsung kelihatan seperti si anak berborak sendirian kerana tiada orang di sebelahnya.

Tambah ibunya lagi, dia ada bertanya kepada anak lelakinya mengenai kehadiran individu berkenaan, namun anaknya juga seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

"Kebetulan lepas tu game dah habis, apabila anak saya turun... tak nampak pula budak yang duduk sebelah dia.

"Muiz cakap dia duduk dengan 'abang'. Lepas saya tunjuk video tu, dia cakap tak tahu mana 'abang' tu," katanya.

"First pusingan nampak berdua, bila tengok last pusingan sorang-sorang" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 750.8K views, 39.6K likes dan 2047 comments di TikTok, rata-rata netizen turut berasa seram selepas menonton video yang dikongsikan oleh si ibu berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Fuh meremang juga bulu roma admin, bila banyak kali tengok. Seram weh!

Image via tenor.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: