KKM Tarik Balik Mentega Kacang Jif, Tapi Netizen Pula Salahkan Babak Stranger Things
Produk itu ditarik balik kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengarahkan syarikat pengimport produk mentega kacang jenama Jif, menarik balik produk itu kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mengambil maklum berkaitan penarikan balik produk mentega jenama berkenaan dari pasaran Amerika Syarikat.
"Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (FDA) mengarahkan produk mentega kacang berjenama Jif dengan nombor kumpulan antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya membabitkan tiga digit terakhir 425, ditarik balik kerana tercemar dengan bakteria Salmonella.
"Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), ia mengesahkan produk mentega kacang berjenama Jif berkenaan ada diimport ke negara ini.
"KKM sudah meminta pihak syarikat pengimport menarik balik produk yang berkenaan di pasaran. Selain itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau di semua pintu masuk negara bagi memastikan tiada produk itu memasuki ke negara ini," katanya.
Peniaga yang menjual produk berkenaan juga diminta menghentikan penjualan serta-merta
Menurut beliau lagi, produk mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Malaysia.
"Pengguna yang telah membeli produk tersebut dengan nombor batch terlibat diminta untuk tidak memakan produk tersebut," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
Dr Noor Hisham berkata, Salmonella adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang diproses jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.
"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
"Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq," katanya.
Begitupun, netizen pula secara berseloroh menyalahkan babak dalam Stranger Things musim ke-4
Bagi yang mengikuti siri popular, Stranger Things pasti sudah menonton musim ke-4 di Netflix bukan?
Dalam episod enam dalam musim ke-4 dalam siri berkenaan, ada dipaparkan product placement iaitu mentega kacang Jif.
Dalam babak tersebut, selepas Hopper berjaya melarikan diri dari tempat dia dipenjarakan, dia telah sampai ke sebuah gereja lama dan bersembunyi di dalam.
Di sana, dia menjumpai balang mentega kacang Jif di dalam sebuah kotak bersama-sama barang seludup yang dipercayai untuk dibawa masuk ke dalam penjara.
Hasil tinjauan di media sosial, rata-rata netizen pula secara berseloroh menyalahkan babak di mana Hopper dilihat menyentuh kakinya lalu mencelupkan jari ke dalam balang mentega kacang Jif lalu menyuapkannya ke dalam mulut.
Berikut antara komen menarik netizen di Facebook:
Komen netizen tak pernah mengecewakan dan selalu buat kita terhibur, apa-apa pun produk mentega kacang Jif ini sahih telah diarah tarik balik oleh KKM ya. Take note! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!