seismik

"My Name Is Khan" - Cleaner Kacak Disangka Mat Salleh Ini Rupa-Rupanya Asal Pakistan

Jangan ramai-ramai pergi serbu tangkap gambar dia pula.

Cover image via @mayasuhaimi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan pekerja pembersihan adalah individu yang bertanggungjawab membersih, menyelenggara, mengendali atau mengosongkan teknologi sanitasi pada setiap rantaian kebersihan

Begitupun, peranan pekerja pembersihan sering tidak diiktiraf. Pada masa yang sama, mereka juga terdedah dengan persekitaran berbahaya seperti jangkitan penyakit, kecederaan, stigma sosial dan kematian ketika melaksanakan tugas mereka.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki kacak bekerja sebagai cleaner ditemui di Putrajaya telah menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Maya Suhaimi itu memaparkan lelaki berwajah tampan itu sedang leka membersihkan tong sampah di kawasan berkenaan.

Tonton video penuh viral tersebut di bawah:

Ada yang mendakwa Mat Salleh itu merupakan seorang 'ejen khas' undercover yang ditugaskan di lapangan

Malah, ada juga yang beranggapan lelaki itu sebenarnya seorang model yang membuat konten sebagai cleaner.

Walau bagaimanapun, pemilik video itu iaitu Maya Suhaimi bertemu kembali dengan cleaner tersebut dan bertanya secara langsung mengenai diri lelaki berkenaan.

Menurutnya, cleaner itu sebenarnya berasal dari Pakistan dan memberitahu kepada wanita bahawa namanya Khan. Dia juga memang bekerja sebagai cleaner di Putrajaya.

"Ada sorang lagi cleaner Pakistan kat Putrajaya macam omputih tapi pak cik pak cik lah, maybe bapak dia ni kot" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja melihat ketampanan lelaki itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 564.8K views, 31.2K likes dan 746 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin rasa lelaki ini dah salah career, patut jadi model :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: