Dilanda Penyakit 'Misteri', Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Orang Ramai Carikan Penawar
Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pendakwah bebas, Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias (DUKE) atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya
Menerusi posting di media sosial yang dimuat naik oleh beliau baru-baru ini, dapat dilihat dengan jelas sebelah tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam.
“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya tanpa menyatakan apakah penyakit yang dialaminya itu.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan Ustaz Kazim dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.
Tidak kurang juga netizen yang berpendapat Ustaz Kazim sekali lagi menjadi mangsa sihir seperti dialaminya pada tahun lalu yang menyebabkan kaki kirinya membengkak.
Tampil beri penjelasan bahawa apa yang terjadi kepadanya bukanlah 'gimik' semata-mata
“Saya bukan sombong atau berlakon, saya malu dan merendah diri," luah Ustaz Kazim ketika menjelaskan keadaan kesihatannya.
Menerusi satu lagi posting yang dimuat naik beliau, Ustaz Kazim berkata, meskipun dilabel sombong kerana tidak beramah mesra bersama pendengar seperti dahulu, beliau tetap tabahkan hati.
“Terima kasih atas ribuan yang komen. Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan selama lapan bulan, saya tak boleh sembunyi lagi dari orang ramai.
“Inilah keadaan muka saya dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul dikhalayak ramai. Bukan hanya di muka tetapi di seluruh badan. Ia boleh terjadi luka dengan sendiri sehingga mengeluarkan darah,” katanya.
Menurutnya, beliau kini memerlukan pertolongan dari sesiapa sahaja mahupun doktor daripada perubatan alternatif untuk merawatnya.
“Sakit, gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sembunyikan. Saya juga tidak boleh tidur sejak berbulan yang lepas.
“Saya dah berusaha berubat banyak tempat, tetapi masih belum diberi keizinan oleh Allah. Saya bimbang keadaan saya ini akan menghilangkan saya daripada dunia dakwah,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi sesi Live pagi ini, Ustaz Kazim menegaskan kepada orang ramai bahawa apa yang terjadi kepadanya bukanlah ‘gimik’ semata-mata.
“Jadi itulah keadaan diri saya. Saya bukan nak marketing, berlakon dan prank ke. Ini semua nyata bahawa saya telah disihir,” jelasnya.
Ikuti penjelasan Ustaz Kazim dalam minit ke-13 dalam video di bawah:
Ayuh sama-sama kita doakan Ustaz Kazim kembali sihat dan pulih daripada penyakit 'misteri' yang dialami oleh beliau. Amin Ya Rabbal Alamin.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!