seismik

"Koleksi Edisi Terhad" - Kasut Lusuh Balenciaga Berharga RM8,050 Ini Sedia Dijual

Koleksi terbaru itu datang dalam tiga gaya berbeza iaitu full destroyed, high cut dan mule.

Cover image via Mark C/Yelp & Balenciaga

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, jenama fesyen terkenal Balenciaga ditubuhkan pada tahun 1919 oleh artis Cristóbal Balenciaga dari rantau Basque Sepanyol

Malah, ianya juga merupakan salah satu jenama yang paling berpengaruh dalam industri fesyen. Jenama kini dikawal oleh Gucci, anak syarikat Kumpulan Kaiyun Perancis.

Pernah tular dengan beg tote yang dikatakan mirip laundry bag, Balenciaga sekali mencuri tumpuan ramai apabila melancarkan koleksi kasut terbaru mereka yang mengetengahkan tema terlalu lusuh dan buruk.

Koleksi terbaru itu datang dalam tiga gaya berbeza iaitu full destroyed, high cut dan mule.

Pre-order kini dibuka, kasut lusuh Balenciaga boleh ditempah dengan harga RM8,050

Disediakan dalam warna merah, putih dan hitam, kasut itu mempunyai semua kesan lusuh yang boleh ditemui pada sepasang kasut buruk yang sepatutnya dibuang dengan logo Balenciaga di hujung tapak.

Menurut kenyataan akhbar Balenciaga, koleksi Paris Sneaker membawa terjamahan bahawa kasut keluaran jenama itu layak dipakai seumur hidup meskipun setelah bertukar lusuh.

Bagi koleksi berwarna hitam dan putih, Balenciaga mengehadkan 100 pasang sahaja untuk dijual di seluruh dunia.

Image via Balenciaga
Image via Balenciaga
Image via Balenciaga
Image via Balenciaga
Image via Balenciaga

Adakah anda akan keluarkan belanja sehingga RM8,050 untuk kasut lusuh keluaran Balenciaga seperti ini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: