Dijual Dengan Harga RM6,115, Netizen Dakwa Beg Tote 'Balenciaga' Ini Mirip Laundry Bag
Alamak, betul nampak macam beg dobi pergi cuci baju.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, jenama fesyen terkenal Balenciaga ditubuhkan pada tahun 1919 oleh artis Cristóbal Balenciaga dari rantau Basque Sepanyol
Malah, ianya juga merupakan salah satu jenama yang paling berpengaruh dalam industri fesyen. Jenama kini dikawal oleh Gucci, anak syarikat Kumpulan Kaiyun Perancis.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial Twitter apabila seorang penggunanya memuat naik ciapan berserta gambar mengenai sebuah beg tote keluaran Balenciaga yang mencuri tumpuannya.
Lihat ciapan penuh pengguna berkenaaan di bawah:
Beg tote keluaran Balenciaga itu didakwa mirip seakan-akan laundry beg yang ada di pasaran ketika ini
Sebelum ini, Balenciaga juga pernah tular mengeluarkan beg guna semula seperti beg Ikea yang mana rekaan dan warna memang lebih kurang sama seperti jenama syarikat yang mengeluarkan barangan rumah berkenaan.
Tetapi kali ini, jenama mewah itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila memperkenalkan beg tote yang didakwa netizen mirip seakan-akan laundry beg yang ada di pasaran ketika ini. Walaupun begitu, tetapi harganya memang boleh buat ramai terkedu.
Hasil carian di laman web Matches Fashion, beg tote keluaran Balenciaga itu dijual pada harga £1,066 (RM6,115).