seismik

"Overpriced" - Netizen Kecam Set Mewarna Jenama dUCk Ini Mahal & Harganya Tidak Munasabah

Paint By Number Kit 'The Blooming' daripada dUCk itu dijual dengan harga RM220.

Cover image via @vivyyusof (Instagram) & @theduckgroup (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sekarang bila sebut saja "itik", pasti orang ramai akan kaitkan dengan dUCk Scarves yang pernah menjadi topik trending di media sosial beberapa tahun lalu

Bayangkan pada awal kemunculannya, jenama tudung ini sold out hanya dalam masa 5 minit sahaja walaupun ia dijual dengan harga RM800.

Begitupun, jenama dUCk milik Datin Vivy Yusof ini kembali menjadi buah mulut orang ramai semula ekoran daripada set mewarna yang dikeluarkannya dikritik seperti hanya produk tangkap muat.

Untuk pengetahuan anda, set mewarna eksklusif Paint By Number Kit 'The Blooming' daripada Duck ini datang dengan sekeping kanvas, set warna akrilik, dua batang berus dan dua cangkuk dijual dengan harga RM220.

Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok dengan nama The Khan, membidas perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi kerana set mewarna tersebut langsung tidak nampak eksklusif

Tambahnya lagi, ianya seperti sekadar menggunakan jenama tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Lihat video penuh TikTok yang dimuat naik oleh @thekhanz mengenai isu itu di bawah:

@thekhanz

Reply to @dearaniswang if we take out the items from the box, we wouldn't know it's from the brand ##dUCk ##duckscarves ##branding ##fyp

original sound - TheKhan

The Khan turut mendedahkan rupa-rupanya Paint By Number Kit 'The Blooming' dengan kualiti yang serupa hanya dijual dengan harga RM35 di platform beli belah online yang mana datangnya dari China.

"Hmm sounds familiar? It’s basically the same dengan korang beli kat Shopee. The one yang from China. It’s the same except the box lah," katanya.

"Ingatkan beli shawl dapat free gift this art. Why is it so expensive?" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen di Instagram @theduckgroup pula mendapati rata-rata netizen tidak setuju dengan harga yang ditawarkan.

Malah, menurut mereka set mewarna yang sama juga boleh didapati mudah dan murah di platform beli-belah online Shopee.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah produk set mewarna ini 'overpriced' atau ia harga biasa untuk sebuah jenama?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: