seismik

[VIDEO] Fenomena 'Halo Matahari' Di Beberapa Buah Negeri Hari Ini Curi Tumpuan Warganet

Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya seperti matahari atau bulan.

Cover image via Noor Ain (Facebook) & Noor Haslina (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu fenomena dinamakan 'halo matahari' menarik perhatian rakyat Malaysia di beberapa buah negeri hari ini di mana bayangan pelangi seakan gegelung cincin dapat dilihat terbentuk dan mengelilingi matahari

Fenomena tersebut dilapor mula terjadi sekitar jam 12 tengah hari dan dikatakan sangat jarang berlaku.

Kesempatan itu turut diambil penduduk untuk mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan selain tersebar di media sosial.

Lihat beberapa video dan gambar di bawah yang dimuat naik sendiri oleh warganet di Facebook:

Menurut seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Omén Necrofis memberitahu, fenomena ini dikenali sebagai optik halo matahari.

Antara yang paling menarik adalah terbentuk 2 lingkaran halo matahari iaitu halo 22 darjah dan halo 46 darjah hasil pembiasan dan pantulan cahaya daripada kristal-kristal ais di atmosfera pada ketinggian lebih 7 kilometer daripada permukaan bumi.

Sebahagian besar Semenanjung Malaysia kini diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus yang mengalakkan pembentukkan fenomena optik tersebut.

Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya seperti matahari atau bulan

Menurut seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Omén Necrofis, dia memberitahu, fenomena ini optik halo matahari.

Antara yang paling menarik adalah terbentuk 2 lingkaran halo matahari iaitu halo 22 darjah dan halo 46 darjah hasil pembiasan dan pantulan cahaya daripada kristal-kristal ais di atmosfera pada ketinggian lebih 7 kilometer daripada permukaan bumi.

Sebahagian besar Semenanjung Malaysia kini diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus yang mengalakkan pembentukkan fenomena optik tersebut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: