[VIDEO] Tersasul Sebut Satu Perkataan, Pembaca Berita TV3 Ini Curi Tumpuan Netizen
Bukan mudah untuk jadi seorang pembaca berita ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pembaca berita
Walaupun penonton di rumah hanya nampak mereka membaca teks yang ada di hadapan, namun ianya sebenarnya memerlukan teknik tertentu.
Namun begitu, kesalahan seperti tersasul ketika menyampaikan berita juga kadang-kadang berlaku kepada pembaca berita.
Perkara itu turut terjadi kepada salah seorang pembaca berita Buletin Utama baru-baru ini, selepas videonya tular ketika melakukan kesilapan dalam menyebut satu perkataan ketika menyampaikan berita.
Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @bdkkacamata0608 yang memaparkan pembaca berita TV3, Norliza Mohd Zain menghadapi kesukaran menyebut perkataan ‘solidariti’ dengan lancar ketika bersama rakan penyampainya, Ramzan Mohd Saufi.
Ikuti video penuh yang dimuat naik oleh @bdkkacamata0608 di TikTok:
"Dia nak sebut ‘bersolidariti’ tetapi banyak kali tersasul" - Netizen
Walau bagaimanapun, mujurlah dia mampu menyebut perkataan tersebut dengan betul sebelum meneruskan pembacaan seperti tiada masalah yang berlaku.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terhibur dengan kesukaran yang dihadapi oleh pembaca berita berkenaan selain turut mengakui bahawa akan melakukan perkara yang sama jika mereka berada di tempatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun meraih lebih 54.9K tontonan, 94 komen dan 1761 tanda suka di TikTok.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Semua orang tak lari daripada melakukan kesalahan bukan? Tabik kepada pembaca berita ini tenang je control semula situasi. Respect!
Tonton video penuh Buletin Utama, 26 Julai 2021 di bawah: