seismik

[VIDEO] Kereta Habis Kena Sondol, Lelaki Ini Cari Pemilik 'Kerbau' Untuk Tuntut Ganti Rugi

Kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan perindustrian Klebang Bistari, Ipoh.

Cover image via Lang Mizan (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masalah berkaitan haiwan ternakan yang berkeliaran bukanlah satu isu yang baru terjadi. Ianya adalah satu masalah yang berlarutan sejak dahulu lagi.

Malah, apa yang lebih membimbangkan lagi telah banyak tragedi yang menimpa pengguna jalan raya disebabkan oleh haiwan ternakan yang berkeliaran ini.

Namun, lain pula hal yang terjadi kepada seorang lelaki baru-baru ini apabila dia terperanjat melihat ada seekor kerbau berada berhampiran kereta miliknya di dalam rumah.

Kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan perindustrian Klebang Bistari, Ipoh, Perak.

Lebih memeranjatkan lagi lelaki berkenaan memberitahu, apabila dia menghampiri keretanya dan mendapati terdapat kesan kemek serta cermin sisi pada bahagian kiri kereta akibat disondol oleh kerbau tersebut.

Tonton video penuh yang sempat dirakam oleh lelaki itu di bawah:

Muat naik bukti video dan gambar di media sosial bagi mencari siapakah pemilik kerbau

Bagi mahu meminta ganti rugi daripada pemilik kerbau terbabit, lelaki itu telah berkongsi video dan gambar di dalam sebuah Facebook Group untuk mendapatkan pertolongan orang ramai bagi mencari siapakah pemilik kerbau yang berada di berhampiran kawasan perindustrian itu.

Posting berkenaan telah meraih perhatian netizen di media sosial yang turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa terhadap pemilik Proton Saga tersebut. 

Malah, hasil tinjauan komen pula mendapati rata-rata mereka menyarankan lelaki itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Berikut di bawah antara komen netizen mengenai kejadian itu:

Semoga kes ini dapat diselesaikan cara yang baik dan pemilik kerbau dapat bertanggungjawab. Ada sesiapa pernah kena kes macam ni tak?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: