Isu Promosi Iklan Ubat Di Media Sosial, Dr Rafidah Tampil Tegur Selebriti & Agamawan
Berhati-hati bila promosi produk kesihatan dan ubat-ubatan di media sosial.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil menegur selebriti dan agamawan kerana dikatakan membuat tindakan salah dalam mempromosikan produk kesihatan
Kenyataan tersebut dimuat naik di akaun Twitter miliknya baru-baru ini telah meraih perhatian warga Twitter di mana rata-rata daripada mereka bersetuju dengan pendapat berkenaan.
Menerusi ciapan tersebut, Dr Rafidah berkongsi sebuah iklan produk minuman kesihatan yang dikatakan membantu dalam mengurangkan masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol yang dipromosikan oleh seorang penyanyi dan pengarah terkenal, Mawi.
Malah, Dr Rafidah turut menegur pendakwah bebas, Ustaz Hanafi mempromosi produk kesihatan yang didakwa boleh menyembuhkan tiga penyakit.
Dr Rafidah Abdullah berkata, produk kesihatan yang dipromosikan oleh pendakwah itu tidak boleh menyembuhkan penyakit seperti yang didakwa.
Sebaliknya, menurut pakar perubatan itu, produk berkenaan boleh mengundang bahaya kepada pengguna.
Perbuatan tersebut sudah salah dari segi Akta Iklan dan Ubat 1956
Lebih menimbulkan amarah Dr Rafidah apabila kenyataan Mawi yang mengakui ada ahli keluarganya telah merasai perubahahan selepas meminum jus berkenaan adalah tidak benar dan salah di sisi undang-undang.
“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Iklan dan Ubat 1956.
“Tak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama!” tegasnya.
Dalam ciapan yang sama, Dr Rafidah turut mempertikaikan dan menganggap golongan selebriti tidak beretika kerana difahamkan sanggup menerima rezeki yang boleh memudaratkan orang lain.
“Adakah semua artis atau selebriti tidak beretika? Bukan dah ada panduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sediakan untuk selebriti.
“Silalah baca betul-betul. Cukup-cukup menipu orang tua, cukup-cukuplah,” tulisnya.
Sementara itu, Dr Rafidah turut membidas seorang pendakwah yang mempromosi produk kesihatan yang didakwa boleh menyembuhkan tiga penyakit.
“Lihat perbincangan di bawah posting ustaz. Tahukah anda jikalah ubat cair darah itu warfarin-tambah dengan tumbuh-tumbuhan – ia boleh menjadikan darah terlampau cair dan pendarahan.
“Pendarahan usus, pendarahan otak dan boleh membawa maut.
“Do not give such advise. Saya hanya mampu mendoakan pesakit tidak dapat kesan sampingan yang teruk,” kata Dr Rafidah.
Beliau sekali lagi menegaskan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Iklan dan Ubat 1956 sekiranya seseorang menyebut sebarang penyakit dalam mempromosikan produk kesihatan.
Dr Rafidah turut meminta supaya tidak ada golongan ustaz dan agamawan terlibat dalam isu kesihatan.
“Seperti mana saya tidak menyentuh bidang agama di dalam posting saya, saya harap begitu juga ustaz dan para agamawan yang lain.
“Stay out of health issues and certainly do not mention, jangan sebut penyakit kronik. Please!
“Saya akan terus memberi pendapat professional saya kerana ini adalah bidang kepakaran saya,” katanya.
Sehingga kini, masih belum ada kenyataan balas rasmi daripada kedua-dua belah pihak mengenai isu yang timbul
Terdahulu, Mawi muncul dalam sebuah video yang memaparkan kelebihan sebuah jenama jus minuman yang boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik lain.
Sementara itu, Ustaz Hanafi atau nama penuhnya Mohamed Hanafiah Abdul Malek dalam hantarannya di sebuah laman sosial berkata, produk kesihatan berkenaan 95 peratus terbukti berkesaan terhadap mereka yang mengadapi masalah kesihatan terbabit.
Malah menurutnya, mereka yang telah mengamalkan produk kesihatan berkenaan tidak mendapat sebarang kesan sampingan.
Pada 2017 beliau disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat dan kini semakin sembuh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!