seismik

KKM Larang Guna 12 Produk Makanan Mengandungi Racun Berjadual & Label Palsu Ini. Awas!

Segera dapatkan nasihat dan rawatan daripada klinik atau hospital jika anda sedang menggunakan produk ini.

Cover image via Kementerian Kesihatan Malaysia - KKM

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan 21 produk makanan daripada 16 jenama yang disyaki mengandungi racun berjadual dan dilarang penambahannya dalam makanan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via The Star

Menurut sumber, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sentiasa memantau produk-produk makanan di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.

Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar 4 daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap.

KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua produk makanan berkenaan berada di pasaran

Berikut di bawah adalah senarai penuh semua produk makanan berkaitan yang mengandungi racun berjadual dan label palsu:

1. Tonik Tuan Haji 1921 (Minuman Kesihatan)

2. Candy B+ Complex (California Pure)

3. Orange +

4. Kopi Panggung Al-Ambiak (Natural Herbs Coffee)

5. Kopi Jantan Tradisional (Natural Herbs Coffee)

6. Kopi Jantan Tradisional 7A

7. Kopi Pra Campuran (WM Coffee)

8. Kopi Harimau

9. Kopi Mutiara

10. Jus Saidina (Jus Kesihatan Tradisional)

11. Miracle Energy Coffee (Sabah Brands)

12. Kopi Strong Man Plus (Natural Herbs Coffee)

Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan

"Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

"Individu berkenaan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua- duanya.

"Sehubungan itu, KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua produk makanan itu dan semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk berkenaan diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk ini dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan," katanya.



LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: