seismik

[TERKINI] Ini Merupakan 14 Produk Kosmetik Yang Dikesan Mempunyai Racun Berjadual

Hati-hati semua. Jangan tersalah menggunakan kesemua produk-produk ini.

Cover image via Google

Produk kecantikan merupakan keperluan seseorang wanita. Namun begitu, banyak juga kes yang melibatkan bahan-bahan berbahaya yang dimasukkan ke dalam produk kecantikan.

Ia juga akan menyebabkan kulit anda rosak dan bertambah teruk selepas menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan terlarang ini.

Mungkin anda tidak dapat mengetahui jika ianya akan memberikan kesan kepada kulit anda, namun selepas beberapa lama memakainya, anda akan menerima kesan yang tidak elok kepada kulit wajah.

Perkara ini juga akan membuatkan anda mengeluarkan duit yang lebih banyak untuk memperbaiki kulit wajah yang sudah rosak akibat kesan yang diterima. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit wajah yang sensitif.

Image via Google

Sebab itu perlu lebh berhati-hati apabila memilih produk kecantikan.

Terbaru, Bahagian Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan telah menggesa orang awam untuk elak daripada membeli atau menggunakan 14 produk kosmetik ini kerana telah dikesan mengandungi racun berjadual

Produk-produk berkenaan adalah Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Day Cream; Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Night Cream; Diamond Gold Skin Care - Diamond Gold Treatment Cream, Alora Night Glowing Cream; Karisma Nightcream Kunyit; Karisma Daycream dan Karisma Treatment Sarang Burung.

Bukan setakat itu sahaja, menurut laporan, produk lain yang juga mengandungi bahan terlarang ini adalah Seputih Melati Night Cream Whitening; Seputih Melati Night Cream Glowing; Majaja Serum Channtiq; SYMA Magical Serum; SYMA Facial Cleanser; Khumaera Moistskin Cleanser dan Bao Shu Tang Snow Lotus Cream.

Antara produk lain yang mengandungi bahan berbahaya.

Image via tribunnews

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata, notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan kerana ia dikesan mengandungi bahan racun berjadual

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via New Straits Times

Beliau juga menambah bahawa produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan diphenhydramine  seharusnya BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Malah, hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: