seismik

Pengantin Baru Rugi RM18K, Katering ‘Lesap’ Sehari Sebelum Majlis Resepsi

Menurut laporan, terdapat enam mangsa di Selangor, lima di Melaka dan satu di Negeri Sembilan yang melangsungkan majlis perkahwinan pada hari tersebut telah mengalami nasib yang sama.

Cover image via Harian Metro

Hari perkahwinan seharusnya menjadi hari yang paling bahagia buat pasangan pengantin. Ini kerana dua mempelai telah disatukan dan sah menjadi suami isteri.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Saloma: Theatre Restaurant

Bagaimana pula dengan majlis resepsi untuk kedua-dua belah pihak? Adakah anda menginginkan majlis untuk dilakukan dua kali atau hanya satu kali sahaja?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Azie Kitchen

Untuk persoalan ini, perlu dititikberatkan kerana mungkin ada keluarga yang berasal dari jauh, jadi majlis resepsi perlu dibuat sebanyak dua kali bagi memudahkan keluarga yang jauh untuk menghadiri majlis.

Jika kedua-dua belah pihak berasal dari tempat yang sama pula, lebih mudah jika anda satukan majlis resepsi sahaja. Kos tak banyak, penat pun tidak.

Bercakap tentang penjimatan kos untuk majlis perkahwinan, selalunya pasangan mempelai akan melimitkan kos perbelanjaan semaksima mungkin

Majlis perkahwinan adalah hanya untuk satu hari dan tidak perlulah anda membazir wang dengan mengeluarkan ribuan ringgit. Yang penting, ianya cukup untuk menjamu setiap tetamu yang hadir.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasangan mempelai ini yang ditipu oleh sebuah syarikat katering yang telah 'lesap' sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

Pasangan ini juga dikatakan antara puluhan mangsa yang telah ditipu oleh syarikat katering ini yang menggunakan artis terkenal sebagai duta.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan ini Fatin Fatihah Yusof, 26, dan Mohd Shahir Mohd Jamani, 27, mengetahui bahawa katering yang ditempah itu ‘lesap’ hanya sehari sebelum majlis berlangsung

Fatin mengatakan, “Bayangkan saya dan keluarga mengetahui pengusaha katering menghilangkan diri sehari sebelum majlis berlangsung, Jumaat, 5 Oktober, kira-kira jam 3 petang. Situasi cukup cemas apabila kami terpaksa mencari dan menggantikan katering lain saat akhir selain terpaksa mengeluarkan wang lagi,” katanya.

Menurut bapanya, Yusof Ismail, 63, beliau terpaksa merayu kepada seorang rakan yang juga ahli jawatankuasa majlis untuk menyediakan hidangan untuk 1,500 tetamu yang bakal hadir.

“Walaupun terpaksa membayar lebih mahal iaitu RM15,000 kerana tempahan saat akhir itu lebih baik daripada dimalukan di majlis sendiri.

“Bapa juga menggunakan wang persaraan untuk membiayai kos katering baru demi anak bongsu yang menjadi pengantin terakhir dalam keluarga,” tambah Fatin.

Fatin dan ayahnya telah pergi ke syarikat katering berkenaan dan mencuba hidangan makanan yang disediakan. Maka, mereka berpuas hati dan setuju dengan harga RM22,000 yang ditetapkan.

“Mujurlah syarikat katering itu sudah membayar wang RM4,000 kepada juruhebah majlis, pelamin dan gambar, jika tidak pasti saya akan menanggung kerugian besar lagi,” kata Fatin.

Dia mengetahui dirinya telah ditipu selepas kejadian tersebut viral dan terus menghubungi kakitangan syarikat itu. Malangnya tiada siapa yang menjawab panggilan dan akhirnya Fatin disekat daripada menghubungi kembali.

Apabila sampai ke premis syarikat tersebut, Fatin mendapati premis berkenaan sudah kosong manakala lori ditarik oleh syarikat penghutang.

Kos kerugian yang ditanggung pula seolah-olah membuat dua majlis perkahwinan

Pasangan ini telah membuat laporan polis dengan berpakaian pengantin selepas ditipu.

Image via Harian Metro

Fatin juga menjelaskan mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi. Selain itu, dia juga bersyukur dengan bantuan daripada bapanya yang telah mengeluarkan sedikit wang simpanan untuk menyelesaikan masalah ini.

Fatin walau bagaimanapun, ingin pihak berkuasa menangkap mereka yang bertanggungjawab supaya kejadian seperti ini tidak terkena kepada orang lain.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: