seismik

honor 'Surprise-kan' Hadi & Farah Dengan Dua Telefon Pintar Terbaru Untuk Ubati Kesedihan

Ada hikmah di sebalik kejadian. :)

Cover image via Farah Nisa | honor Malaysia

Nama pengantin baru, Hadi dan Farah baru-baru ini menjadi bualan orang ramai berpunca daripada video kahwin unik mereka yang viral

Pengantin perempuan untuk video kahwin tersebut, Farah Nisa telah meluahkan rasa kecewanya menerusi laman Instagram.

Dalam perkongsiannya itu, Farah berkata dia hampir menangis setelah menyaksikan video itu yang dianggapnya sama tahap seperti 'PowerPoint presentation'.

Farah turut berkata dia murung untuk beberapa hari ekoran video 'unik' tersebut.

Namun begitu, kesedihan Farah bakal diubati tidak lama lagi.

Farah tidak perlu bersedih lebih lama lagi kerana video perkahwinannya itu telah menarik perhatian honor Malaysia.

honor menerusi Facebook baru-baru ini meminta tolong orang ramai untuk tag Farah dan Hadi di dalam satu posting bagi menawarkan hadiah telefon pintar buat mereka.

Image via honor Malaysia

Farah sedar tentang inisiatif honor dan menyatakan kegembiraannya melalui ruangan komen

Nak dijadikan cerita, suami Farah, Hadi bakal meraikan ulang tahun hari lahirnya pada 10 Oktober nanti. Kebetulan ini memang tepat pada masa!

Image via honor Malaysia

honor bakal menghadiahkan Hadi dan Farah dengan telefon pintar terbaru mereka honor 8X yang akan dilancarkan esok, 9 Oktober 2018

Image via honor Malaysia

Jika tiada aral melintang, honor dan pasangan mempelai akan bertemu esok pada majlis pelancaran honor 8X yang akan diadakan di New World Hotel di Petaling Jaya.

Hadi dan Farah bakal menjadi individu terawal dan paling eksklusif untuk memiliki telefon pintar honor 8X ini.

Image via honor Malaysia

George Zhao ZhiWei, ketua honor Malaysia berkata pihak mereka melakukan inisiatif ini bagi menggembirakan Hadi dan Farah

"Mengikat tali perkahwinan adalah detik paling indah sekali seumur hidup untuk setiap pasangan. Kami simpati dengan nasib Hadi dan Farah selepas menonton video perkahwinan mereka.

"Oleh itu, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu untuk menghiburkan mereka. Menerusi intipati honor 8X yang 'Di Luar Batasan', kami percaya bahawa teknologi harus dapat diakses oleh setiap orang pada zaman ini," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

"Video awak hebat, unik, dinamik" - videografer. BACA SINI:

Huawei pun bijak juga dari segi marketing mereka:

You may be interested in: