seismik

"Belum Terkurung Dalam Kubur Lagi" - Kongsi Rasa 'Hadap' PKP, Ini Kata Ustaz Kazim Elias

Sabar ok semua.

Cover image via mh online

Negara kita pada ketika ini sedang menjalani fasa ketiga untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Image via Benar news

PKP yang telah bermula sejak 18 Mac lalu dilaksanakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang merebak ketika ini.

Namun, meskipun sudah memasuki fasa ketiga PKP, masih lagi terdapat ramai individu yang kelihatan berada di atas jalan raya dan juga di luar rumah atas pelbagai alasan yang kurang musabahah.

Apa yang pasti, 'kedegilan' segelintir individu ini bakal memberi kesukaran kepada kerajaan dan juga petugas barisan hadapan untuk menyelesaikan penularan wabak Covid-19 yang kian bertambah saban hari.

Kesan terhadap PKP ini sememangnya sedang dirasai oleh setiap individu tanpa mengira umur, kaum dan pangkat. Namun sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita haruslah mengikut arahan yang dikeluarkan dan mendidik diri untuk terus bersabar dalam menghadapi situasi ini. 

Turut merasai dan melalui tempoh PKP ini adalah Pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias

Ustaz Kazim telah mencuri perhatian para pengikutnya di Facebook apabila beliau seperti berkongsi perasaan menjalani PKP dalam satu catatan ringkas yang dibuat olehnya, semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook yang dimuatnaik beliau itu, Ustaz Kazim secara tidak langsung seolah-olah memberi peringatan kepada masyarakat yang kononnya 'berasa bosan' di dalam rumah.

Berikut merupakan posting yang dibuat oleh Ustaz Kazim:

Tak keluar rumah 2,3 minggu pun dah terasa boringnya. Padahal ada makan minum, tv, wifi, anak isteri. Semua ada.

Macam mana pula rasanya orang dalam penjara bertahun-tahun kena hukuman.
Belum terkurung dalam kubur lagi.

Posting ringkas yang dibuat oleh Ustaz Kazim itu turut mendapat sokongan daripada para pengikutnya

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: