seismik

[TERKINI] Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dan sepatutnya berakhir 14 April ini.

Cover image via Berita Harian

Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac lalu susulan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini

Image via Sinar Harian

Sebelum ini, PKP yang pada awalnya patut berakhir pada 30 Mac lalu telah dilanjutkan hingga 14 April ini bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Susulan daripada perintah tersebut, pergerakan setiap individu telah dikawal dan dibataskan malah semua aktiviti sosial juga perlu ditangguh serta dibatalkan buat masa ini.

Namun begitu, ekoran daripada peningkatan kes wabak Covid-19 yang masih berlaku di Malaysia ketika ini, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh PKP

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya sebentar tadi berkata, tempoh PKP yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Beliau berkata, berdasarkan situasi terkini, PKP telah dapat membantu para petugas kesihatan mengawal penularan wabak Covid-19 ke satu tahap yang lebih stabil.

Katanya, penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan dan pengawalan yang berterusan.

"Sehubungan itu berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan kerajaan hari ini memutuskan untuk melanjutkan PKP untuk tempoh dua minggu lagi iaitu daripada 15 Aprill sehingga 28 April 2020.

"Lanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada para petugas kesihatan memerangi penularan wabak Covid-19 selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat kita," katanya.

Diharapkan agar rakyat dapat bersabar dan menerima perkara ini dengan tenang dan baik.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] National Security Council’s Press Conference | April 8, 2020

[LIVE] National Security Council’s Press Conference | April 8, 2020

Posted by SAYS on Tuesday, April 7, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: