seismik

[TERKINI] Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

#STAYCALM #STAYATHOME

Cover image via Sinar Harian

Kerajaan hari ini telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020

Image via Malay Mail

Pengumuman itu telah dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas yang diadakan hari ini, 25 Mac 2020 pada jam 1 petang.

Beliau menjelaskan, "Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia. 

"Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. 

"Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya," katanya.

"Please stay calm and don't panic"

Image via Malay Mail

"Even though we have extended the Movement Control Order, you don’t have to unnecessarily stock up on food because the supply is sufficient. 

"I assure you that food is enough for everybody. I know you feel burdened but I don’t have a choice. I have to extend the Movement Control Order for your own safety," jelas Tan Sri Muhyiddin ketika berucap.

Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, pengumuman akan dibuat. Yang penting, kerajaan mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: