seismik

Agong Titah Rakyat Malaysia Dirikan Solat Hajat Khusus Bagi Menolak Wabak Covid-19

Ayuh sahut titah KDYMM Tuanku Agong ini!

Cover image via Google

Berikutan situasi Covid-19 yang kian meruncing di seluruh negara buat masa ini membuatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Image via Selangorkini

Solat hajat ini akan didirikan khusus bagi menolak wabak koronavirus (Covid-19) yang kini sedang melanda negara.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut berkata supaya seruan untuk mendirikan solat hajat ini disahut oleh umat Islam di Malaysia.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Image via Twitter

Di bawah merupakan kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dikeluarkan mengenai solat hajat tolak Covid-19 ini:

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menitahkan agar rakyat jelata masing-masing mendirikan Solat Hajat khusus menolak wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita pada masa kini.

• Oleh itu, saya amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakannya di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

• Solat Hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu:

i. Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).

ii. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.

iii. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.

iv. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).

v. Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (kecuali di Tanah Haram)

• Begitu juga marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya.

Rata-rata warganet turut bersetuju dengan usaha ini dan turut berdoa yang terbaik buat negara:

Image via Facebook

Solat, solat juga.

Tapi ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: