Petugas Op Covid-19 Pitam Ketika Bertugas Akibat Tekanan Darah Tinggi & Meninggal Dunia
Innalillah...
Seorang anggota polis yang merupakan petugas Op Covid-19 dikatakan telah rebah secara tiba-tiba ketika menjalankan tugas
Anggota polis berkenaan dikenali sebagai Koperal Mohd Masri Maguni yang dikatakan telah rebah secara tiba-tiba ketika menjalankan tugas untuk Op Covid-19 di Kepala Batas pada hari Sabtu lalu, 21 Mac 2020 kira-kira jam 4 petang.
Arwah dikatakan telah disahkan meninggal dunia hari ini, 24 Mac, selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata bahawa arwah bukan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Covid-19
Arwah pada ketika itu dikatakan mengalami kebas kaki, tangan dan pening kepala sebelum rebah dan dikejarkan ke hospital.
Semoga roh arwah dirahmati dan dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.