seismik

Dalam Masa 6 Hari, Vivy Yusof & Team Raih RM1.14 Juta Dana Bagi Bantu 'Hero' Covid-19

Terbaiklah Vivy Yusof dan team Fashion Valet!

Cover image via Instagram @vivyyusof

Pada 19 Mac yang lalu, pengasas Fashion Valet iaitu Vivy Yusof memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya di mana dia memberitahu niatnya untuk mengumpul dana bagi membantu 'hero-hero' Covid-19 di hospital

Di dalam video tersebut, Vivy menjelaskan bahawa dia baru sahaja diberitahu tentang situasi di setiap hospital yang merawat pesakit-pesakit Covid-19 di mana doktor dan setiap pasukan hadapan (frontliners) kini sedang bertarung nyawa demi menyelamatkan pesakit-pesakit yang telah disahkan positif wabak merbahaya ini.

Oleh itu, Vivy turut menyampaikan niatnya untuk membantu mereka yang memerlukan di hospital bagi meringankan beban mereka sementara mereka bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa setiap pesakit yang hadir kerana jumlah kes kian meningkat.

Vivy juga memberitahu bahawa dia dan suaminya, Fadza Anuar membuat keputusan untuk menderma beberapa unit portable airconds, komputer riba dan makanan bagi membantu pihak hospital dalam usaha mereka menangani masalah ini.

Tambah Vivy lagi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bekerjasama bagi membantu mereka yang memerlukan di hospital, lebih-lebih lagi 'unsung hero' yang terpaksa bekerja berjam-jam lamanya demi merawat dan menerima pesakit.

Dia mengerti bahawa keadaan di hospital sangatlah tidak selesa, dengan keadaan yang panas, mereka perlu memakai sut tebal bagi mengelakkan penyakit berjangkit ini, berlari ke sana-sini jika ada kes kecemasan dan sebagainya. Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditempuhi.

Vivy kemudiannya tampil dengan jalan penyelesaian terbaik iaitu dengan cara mengumpul dana bagi menghulurkan bantuan di hospital-hospital yang memerlukan.

Sejurus itu, Vivy menerima banyak mesej di mana rakyat Malaysia yang mengikutinya di media sosial juga turut ingin bersama menghulurkan bantuan

Vivy Yusof dan suami, Fadza Anuar.

Image via Malay Mail

Vivy menjelaskan bahawa sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, setiap orang boleh bersama-sama dengannya bagi menghulurkan bantuan.

Tambahan pula, dia dan suaminya bersetuju akan menghulurkan sebanyak RM100,000,00 bantuan bagi membantu meringankan beban doktor serta barisan hadapan di hospital.

Dalam pada itu, setiap hari Vivy akan memuat naik gambar menunjukkan hasil dana yang terkumpul setakat hari itu

Semakin hari, semakin banyak rakyat Malaysia yang prihatin turut membantu dengan menghulurkan dana bagi menjayakan misi ini.

Hari ini, 24 Mac 2020, Vivy dan suaminya telah memuat naik satu lagi video IGTV di mana pasangan ini memberitahu bahawa jumlah dana yang terkumpul telah mencecah RM1.14 juta hanya dalam masa 6 hari!

BAHASA:

Terima kasih kepada semua orang yang menyumbang (terdapat lebih 25,000 penderma) dan semua orang yang berkongsi pautan dana FV Covid19. Semoga Allah memberkati anda semua.

Bantuan anda semua akan diberikan pihak hospital dan frontliners yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memerangi wabak Covid-19 ini. Kita sangat berhutang kepada mereka! Dana itu masih akan berjalan sehingga Covid-19 berakhir (berdoalah tidak lama lagi!) Jadi sila terus berkongsi dan menderma.

Terima kasih kepada SimplyGiving dan Kamifund kerana memastikan misi crowdfunding ini berjalan lancar. Maaf untuk semua laman web yang 'crash' dan terima kasih kerana bekerja siang dan malam untuk memastikan orang dapat menderma dengan lancar. Terima kasih juga kerana bersetuju untuk melepaskan dana dengan secepatnya.

Terima kasih kepada @imaret_my untuk kerja yang luar biasa bagi membantu orang lain. Pasukan mereka telah bekerja siang dan malam menghantar bekalan ke hospital dan mencuba yang terbaik untuk membalas setiap pertanyaan. Memberi anda semua sokongan bagi melaksanakan misi mengumpul dana dengan cara yang terbaik, mengutamakan hospital yang amat diperlukan terlebih dahulu.

Saya amat bangga bahawa semua orang berkumpul untuk misi ini. Covid19 telah membawa kita semua dalam kebaikan dan tidak mementingkan diri sendiri yang pasti akan menjadi sejarah. Terima kasih terima kasih terima kasih! Jaga diri, semua orang. Sayang kamu semua! 

Dari kami serta Kumpulan Fashion Valet.

Syabas buat Vivy Yusof, Fadza Anuar serta kumpulan Fashion Valet dengan inisiatif yang telah dilaksanakan untuk membantu mereka yang memerlukan!

Image via Generation T
Image via Nona

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in:

Leave a comment