seismik

Disahkan Positif Lepas Ujian Kedua, Pekerja Offshore Jelas Kronologi Covid-19 Yang Dialami

Menurut lelaki ini, dia sendiri tidak tahu dari mana dia dijangkiti. Sama ada di lapangan terbang, di atas kapal terbang, atau di mana-mana sahaja.

Cover image via Dentonel Misa/Facebook

Tidak dinafikan, situasi Covid-19 kini kian meruncing di Malaysia dan semakin hari menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat seluruh dunia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Oleh itu, melihat situasi dunia pada masa ini, kerajaan di setiap negara turut mengeluarkan arahan perintah berkurung (lockdown) bagi membasmi wabak virus covid-19 ini daripada terus merebak.

Namun begitu, sebagai contoh lain, kerajaan Malaysia kini turut menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac yang lalu. Usaha ini adalah bagi mengurangkan pergerakan rakyat namun ia bukanlah satu perintah darurat.

Setakat semalam, 24 Mac 2020, Malaysia telah mencatatkan jumlah kumulatif terbesar dalam satu hari iaitu sebanyak 212 kes untuk individu yang positif Covid-19 dilaporkan membuatkan jumlah kes sebanyak 1,518 setakat ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Perak Today

Keadaan juga dilihat semakin tidak terkawal buat masa kini.

Lebih membimbangkan apabila kita membaca sendiri perkongsian individu yang pernah disahkan positif virus Covid-19 ini

Sebagai contoh, seorang pengguna Facebook iaitu Dentonel Misa yang juga seorang pekerja Offshore telah berkongsi pengalaman dirinya ketika disahkan positif Covid-19 selepas dua kali membuat ujian saringan secara sukarela.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Dia telah disahkan positif Covid-19 pada 19 Mac setelah menjalani ujian secara sukarela dua hari sebelumnya

Hello rakan2 semua..terlebih dahulu sy ingin memohon maaf sekiranya tak angkat call ataupun reply whatapps, bukan sombong tp sy mau masa bertenang utk diri sendiri buat masa ni. mgkn ada yg sudah tau atau masih tertanya2. 

Ya mmg betul sy disahkan positif COVID-19 pada 19th March setelah menjalani ujian secara sukarela dua hari sebelum nya..(ujian kali kedua)..skrg sy masih di kuarantin di Hospital Tumpat Kota Bharu Kelantan.

Skrg ni kesihatan sy dlm keadaan yg baik, tdk lagi mengambil apa2 ubat dan tidak perlu bantuan pernafasan,malah sy boleh membuat senaman ringan seperti biasa. Boleh dikatakan sy sudahpun melepasi fasa kritikal. Tujuan sy berkongsi di wall sy ni adalah bukan utk meraih simpati, niat saya adalah supaya smua rakan2 mengambil serius arahan2 yg dikeluarkan oleh kerajaan.

"Virus ini ibarat cinta buta, ia tidak mengenal siapa. Setiap orang boleh dijangkiti walaupun tanpa simptom."

Tuan2 & puan2, virus covid 19 itu macam cinta, cinta buta..dia tdk mengenal siapa, sesiapa sj boleh kena jika dipandang ringan. Mcm kes sy, sy sendiri pun tak tahu dimana sya dijangkiti, boleh jadi di airport, dlm flight, di hotel atau dari mana2. So nasihat sya, duduk di rumah diam2 kalau tiada urusan penting.

Oleh sbb ada rakan2 yg tanya apa simptom2 yg ada pada sy ketika itu..jadi biarlah sy kongsikan disini. Sy mula demam pada 1st March 2020. Suhu badan mencecah 38-39 deg C. Menggigil dan berpeluh, hilang selera makan.

3rd March 2020 turun ke KPJ Kota Bahru utk dapatkan rawatan..sy juga meminta utk di uji Covid 19, tp malangnya masa tu Kota Bharu belum ada test kit dan kriteria sy tdk memenuhi syarat utk di uji, salah satunya adalah sy tdk pernah ke luar negara yg terjebak.

Sy agak kecewa dan menegaskan kpd Dr bahawa sy tak pernah rasa demam seperti ini, kali ini mmg berlainan. Sy kembali ke rig pada 5th March 2020 dgn panadol dan antibiotik utk seminggu. Sy agak terkilan sbb diambil ujian darah sahaja, bukannya covid 19. masa tu nampak sgt negara kita tdk bersedia menghadapi covid 19.

Sesudah sampai di rig, pada hari yg sama badan sy demam panas sekali lagi. Sy makan panadol dan antibiotik seperti biasa. Pada 7th March, sy mula batuk. Batuk kering dan tak berkahak, dan tak behingus. Sy teruskan dgn ubat dn antibitok. Sy tidur berjam-jam dlm bilik supaya ubat meresap sebaik nyak ke dalam badan. Sy bersyukur ada boss yg baik2 di rig yg membenarkan sy berehat mengikut keselesaan sya.. (Tq Dave & Akhmad).

Pada hari kesembilan iaitu 9 Mac 2020, badannya mula rasa lemah dan sudah kehabisan ubat serta antibiotik

Pada 9th March, sy kehabisan ubat dan antibiotik. Tp badan semakin lemah, bernafas semakin sukar, badan sejuk sehinggakan sy terpaksa tidur di dalam tandas klinik pada malam 8th (disitu saja tmpt yg tiada AC).

Pada hari yg sama 9th March, Rig Medic yg bertugas telah berhubung dgn ISOS support dan mereka sebulat suara meminta Emergency Medivac. Sesampai sj helicopter didarat, sy terus dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu selama 4 hari...dirawat di wad biasa didiagnose lung infection..sy discharge dr hospital kerajaan pada 13th March.

Tiada ada lagi demam, cuma batuk sikit2. Masa ni sy belum lagi disahkan positif covid 19 disebabkan hospital enggan membuat ujian oleh kerana tdk memenuhi kriteria. Oleh yg demikian sy telah berbincang dgn Rig Manager dan pada hari yg sama yg telah pergi ke hospital swasta utk pemeriksaan.

Keputusan ujian pertama adalah Negatif, sy diminta utk membuat ujian kali kedua pada 17th utk confirmation, dan keputusan ujian kedua adalah Positif..

Dia turut menjelaskan bahawa untuk sihat, imunisasi badan seseorang memainkan peranan yang besar kerana masih belum ada ubat spesifik mahupun vaksin untuk mencegah virus Covid-19

Seperti yg telah sy katakan awal td, ya skrg sy sdng dikuarantin di hospital Tumpat sehingga ujian seterusnya pada Rabu depan. Jgn risau jgn panik, sy baik2 saja, kesihatan boleh dikatakan 99% sihat. cuma virus masih ada didalam badan. Seperti anda semua sedia maklum, tiada ubat spesifik, atau vaksin buat masa ini, jadi untuk badan kembali sihat adalah bergantung sepenuhnya pada ANTIBODY masing2..

Ekoran pengalaman yang dihadapinya, dia turut memberikan beberapa nasihat yang perlu dielak oleh orang ramai buat masa ini

Nasihat sy pada rakan-rakan:

1. Elakkan xtvt yg boleh membuatkan anda demam (pikirlah sendiri), biarlah anda kekal sihat dlm tempoh mengekang covid 19 ini.
2. Jgn sebar berita yg tidak sahih, ini akan bikin panik dan boleh jadi bodoh secara tidak terkawal. (ini pun tiada ubat)
3. Dengar nasihat kerajaan dan pihak berkuasa.
4. Jgn balik kampung/rumah panjai.

Ohya..mgkn ada yg tertanya2 tentang keluarga sya, semua anak2 dan isteri dlm keadaan yg baik dan sihat di kediaman kami di Miri. So selepas balik ni nanti, mmg sy bercadang utk camping di luar selama seminggu utk extra quarantine dr keluarga.. camping gear fullset and ready to.

Alhamdulillah, semoga Dentonel Misa diberikan kesembuhan sepenuhnya. Amin...

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in:

Leave a comment