seismik

"RM699 Nego Tipis" - Stok Makin Sikit, Netizen Buat 'Lelongan' Roti Gardenia Di Twitter

Gardenia... sungguh enak dimakan begitu saja.

Cover image via Twitter @rizarul & Twitter @StudioAbe

Rata-rata rakyat Malaysia pastinya menggemari roti keluaran syarikat jenama terkenal iaitu Gardenia

Semalam mungkin menjadi satu 'tamparan yang hebat' buat seluruh rakyat Malaysia apabila syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.


Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan di laman Facebook milik syarikat itu semalam, ia berkata pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum.

“Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksimum. Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali,” kata kenyataan itu.

Umum pasti sudah mengetahui bahawa Malaysia kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan susulan daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin kritikal dan membimbangkan

Perintah tersebut telah menyebabkan rakyat Malaysia perlu kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan iaitu dari 18 Mac hingga 31 Mac.

Justeru mungkin atas faktor ini, roti Gardenia telah menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk dimakan ketika berada di dalam rumah yang seterusnya menyebabkan stok bagi produk tersebut semakin berkurangan.

Melihat kepada perkembangan terbaru itu, di Twitter, rakyat Malaysia mula membuat 'lelongan' bagi roti jenama tersebut

Memahami ianya hanyalah jenaka santai yang dibuat oleh netizen, roti tersebut pada awalnya telah dilelong oleh seorang pengguna Twitter bernama @rizarul.

Kononnya mahu melelong sebuku roti Gardenia miliknya dengan harga RM699, individu itu turut menyatakan bahawa ia berada dalam kondisi yang terbaik dan masih 'bau kedai' untuk dibeli.

Tweet pemuda itu telah mendapat sambutan dari netizen di mana mereka kemudiannya turut membalas dan melelong roti Gardenia masing-masing.

Jom tengok gelagat lucu netizen di bawah:

Tetapi, rakyat Malaysia mungkin sudah boleh menarik sedikit nafas lega kerana syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan terbaru mereka berhubung 'kekalutan' tersebut

Pihak Pengurusan Gardenia dalam satu kenyataannya hari ini berkata syarikat tersebut akan terus menghasil dan menghantar roti serta produk-produk lain tujuh hari seminggu, termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Katanya, penghantaran harian ke pasar raya dan kedai-kedai lain juga akan diteruskan seperti biasa.

Justeru, syarikat tersebut meminta agar semua pengguna bertenang dan membeli mengikut keperluan biasa dan penggunaan harian sahaja.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: