[VIDEO] Tatacara Proses Balut Jenazah Jangkitan Covid-19 Ini Undang Sebak Dan Insaf
Untuk jenazah yang beragama Islam, jenazah perlu terlebih dahulu disempurnakan melalui prosedur tayammum di atas permukaan 'body bag'.
Wabak Coronavirus telah menjejaskan hampir seluruh dunia. Bahkan, peningkatan kes setiap hari membuatkan ramai di antara kita berasa risau dan tidak senang duduk.
Manakan tidak, wabak Coronavirus atau Covid-19 ini juga sangat merbahaya sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan ia sebagai pandemik yang mana penyakit ini mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain dengan mudah dan berterusan di setiap rantau.
Bukan itu sahaja, jumlah kematian akibat wabak ini juga telah melebihi 15,000 kes di seluruh dunia dengan angka tertinggi dicatatkan di Eropah, dengan lebih 9,000 kematian sehingga kini.
Mengikut statistik, kelihatan di Malaysia juga angka kematian dijangka semakin meningkat sekiranya wabak ini tidak berjaya dibendung sepenuhnya.
Umum sudah sedia maklum, pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 ini, jenazahnya akan diuruskan pesakit jangkitan Ebola
Difahamkan juga, pengebumian jenazah ini tidak akan dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat dan diuruskan oleh pihak perubatan sepenuhnya, seperti yang pernah dikongsikan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam laman Twitter rasmi beliau.
Baru-baru ini, menerusi laman Twitter juga, seorang gadis telah berkongsikan video latihan cara-cara untuk menguruskan jenazah yang dijangkiti wabak Covid-19 ini
Latihan tatacara pengurusan jenazah ini turut dihadiri oleh sekumpulan staf perubatan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat perbezaan ketara dalam cara pengurusan jenazah yang dijangkiti wabak Covid-19 ini adalah jenazah akan dibalut terlebih dahulu dengan menggunakan plastik yang jernih sebelum dikapankan.
Untuk maklumat, body bag berkenaan tidak akan disentuh mahupun dibuka sejurus sahaja jenazah dibawa masuk ke dalam.
Kemudian setelah dikapankan, jenazah akan dibawa masuk pula ke dalam body bag yang berwarna putih sebelum dibawa ke tapak perkuburan dan dikebumikan.
Untuk jenazah yang beragama Islam, jenazah perlu terlebih dahulu disempurnakan melalui prosedur tayammum di atas permukaan body bag.
Tatacara tayammum yang betul untuk menyempurnakan jenazah jangkitan Covid-19 pernah dikongsikan melalui video yang dimuat naik laman Twitter, @TweetIslamik seperti di bawah:
Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah.
Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 DI SINI: