seismik

"Ahli KWSP Kini Boleh Keluarkan Wang Simpanan Dari Akaun 2" -Tan Sri Muhyiddin Yassin

Namun begitu, pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Cover image via The Malaysian Reserve

Hari ini, 23 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ahli KWSP boleh mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 2

Image via The Star Online

Penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin kritikal di Malaysia telah memaksa kerajaan untuk membuat Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengurangkan risiko ramai lagi individu dijangkiti wabak bahaya ini.

Oleh itu, hari ini kerajaan turut mengumumkan di mana setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2.

Namun begitu, masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan buat masa kini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjelaskan bahawa kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP itu berjumlah RM40 billion

Image via Google

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 akan membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian. 

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini...yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga,” katanya.

Wang yang dikeluarkan juga boleh digunakan bagi menampung bayaran bil elektrik, sewa rumah dan sebagainya mengikut keperluan setiap individu

Image via blogspot.com

Tan Sri Muhyiddin Yassin menambah walaupun jumlahnya mungkin tidak seberapa, tetapi ia merupakan hasil titik peluh diri sendiri yang sepatutnya digunakan untuk hari tua. Namun, dengan keadaan dunia sekarang, kerajaan membenarkan wang ini untuk digunakan terlebih dahulu lebih-lebih lagi kepada mereka yang begitu memerlukan.

InsyaAllah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga.”
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ini merupakan beberapa inisiatif diumumkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan Covid-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in:

Leave a comment