[FOTO] Jadi Sarang Pembiakan Nyamuk, Rumah Penuh Sampah & Barang Kitar Semula Ini Diserbu
Penghuni diberi tempoh tiga hari untuk membuat pembersihan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
"Jangan buang, sayang nak buang, barang ini elok lagi, nak simpan adalah gunanya nanti"
Sikap yang terlalu sayang untuk membuang barang yang mungkin sudah tidak perlu atau lebih teruk, sudah rosak ini dan boleh dipanggil 'sampah' memang lazim kita dengar.
Mungkin juga kita sendiri melakukannya tanpa kita sedar!
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan mendedahkan pihak mereka berjaya membuat serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Awan Kecil, Taman Yarl, Kuala Lumpur.
Bukan sahaja mengganggu ketenteraman jiran tetangga malah premis itu turut menjadi sarang pembiakan nyamuk.
Apa tidaknya, rumah didiami sepasang suami isteri itu dipenuhi dengan pelbagai sisa kitar semula dan sampah sarap yang dikumpulkan pasangan itu sejak setahun lalu.
Lihat foto serbuan yang dimuat naik oleh pihak SWCorp Wilayah Persekutan di bawah:
Penghuni diberi tempoh tiga hari untuk membuat pembersihan
Seramai lima anggota penguatkuasa dikerahkan ke kediaman berkenaan baru-baru ini selepas menerima aduan.
Serbuan sama turut disertai pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Seputih dan Alam Flora Sdn. Bhd.
Kawasan itu juga telah dilaporkan sebagai zon wabak denggi tidak terkawal oleh Jabatan Kesihatan DBKL Cawangan Seputih.
Antara punca berlakunya wabak denggi adalah disebabkan ada pihak yang melakukan aktiviti pengumpulan sisa di kawasan premis persendirian.
SWCorp telah mengarahkan pemilik premis supaya membersihkan segera sisa di premis dan sekitarnya sehingga selesai.
Operasi tersebut juga dilakukan bagi memberi kesedaran kepada penduduk supaya dapat memastikan premis sentiasa dalam keadaan bersih dan serta bebas denggi.
Penghuni juga diberi tempoh tiga hari untuk membuat pembersihan. Tindakan tegas akan diambil jika ingkar dan gagal memberikan kerjasama yang baik.
Ada aduan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam?
SWCorp sentiasa komited dalam memastikan kebersihan persekitaran anda.
Ada aduan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam? Adukan di sini: https://swcorp.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Semoga dapat memberi kesedaran kepada kita semua agar sentiasa tempat tinggal kita dalam keadaan bersih dan bebas denggi!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!