seismik

"Pertama Di Malaysia" - Bas Mini Surau Bergerak Ini Sah Diberi Lesen & Diiktiraf JPJ

Berjaya didaftarkan di bawah kod badan Bas Perkhidmatan Bergerak secara sah oleh pihak JPJ Terengganu.

Cover image via Yusufhadi Alhafidz (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernah viral ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mengenai transformasi sebuah bas sekolah yang telah diubah suai dan dijadikan sebagai surau bergerak

Walau bagaimanapun, baru-baru ini pemiliknya begitu teruja apabila hasratnya mewakafkan sebuah bas sekolah mini untuk dijadikan surau bergerak tercapai dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu yang memberi khidmat pelesenan dan undang-undang.

Menerusi laporan Bernama, Yusuf Hadi Al Hafidz Sapai, 41, yang juga Pengerusi Terengganu Food Truck berkata, beliau membeli kenderaan terpakai itu pada harga RM8,000 daripada seorang kawan untuk diubah suai menjadi kendera saji namun pelaksanaan PKP pada Mac 2020 menyebabkan aktiviti perniagaannya terhenti.

"Selepas berbincang bersama rakan peniaga lain, akhirnya saya memutuskan mahu mengubah suai bas sekolah mini itu menjadi surau bergerak.

"Hasil sumbangan orang ramai, proses ubah suai dengan kos hampir RM40,000 ini berjaya direalisasikan dan saya berterima kasih kepada JPJ Terengganu kerana berjaya mendaftarkannya secara sah di bawah kod badan Bas Perkhidmatan Bergerak mengikut peraturan," katanya.

Dilengkapi pelbagai kemudahan untuk beribadah dan mampu menampung 19 jemaah dalam satu masa

Surau bergerak itu dilengkapi pendingin hawa, tempat wuduk, ruang imam, lampu, jam waktu solat serta bumbung bagi ruangan solat pada bahagian luar kenderaan yang mampu menampung 19 jemaah dalam satu masa.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya sedia membantu mana-mana pihak atau individu untuk mengubah suai kenderaan menjadi surau bergerak seperti mana dilakukan Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Terengganu sebagai tanggungjawab sosial mereka.

"Tidak semestinya umat Islam sahaja, apa-apa bangsa dan agama yang berhasrat melakukan ubah suai kenderaan untuk sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai pun akan dibantu agar ia mematuhi spesifikasi dan peraturan ditetapkan JPJ.

"Surau bergerak ini yang diletakkan di dataran jambatan angkat diharap mampu melonjakkan lagi sektor pelancongan di Terengganu kerana kewujudannya dapat memberi kemudahan solat yang selesa kepada umat Islam yang berkunjung ke kawasan tersebut," katanya.

Sebagai rekod, lokasi surau bergerak ini adalah di tapak perniagaan kendera saji atau food truck di parkir kenderaan jambatan angkat (drawbridge), Kuala Terengganu.

Surau bergerak ini juga memberikan kemudahan buat pekerja atau para pengunjung untuk mendirikan solat dengan lebih mudah.

Unik sungguh bukan? Memang nampak menarik bila tengok interior bas berkenaan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: