seismik

Dr Noor Hisham Tampil Jelaskan Isu Sebenar Kanak-Kanak Yang Didakwa Dijangkiti Monkeypox

Bukan cacar monyet tapi HFMD.

Cover image via Bernama via Sinar Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang didakwa dijangkiti cacar monyet, baru-baru ini, sebenarnya dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) virus jenis Coxsackie A6

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu disahkan melalui hasil ujian sampel dilakukan terhadap kanak-kanak berkenaan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik beliau di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, kanak-kanak berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor, untuk pemeriksaan kerana mengalami gejala demam sejak 13 Mei lalu.

"Tiga hari selepas mengalami demam, timbul ruam yang kemudian menjadi 'blister' (19 Mei) dan mula pecah pada 21 Mei lalu.

"Kanak-kanak itu dipantau di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dua sampel diambil dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan membuat pengujian untuk beberapa jenis virus, termasuk HFMD dan cacar monyet.

"Keputusan ujian mengesahkan HFMD positif virus Coxsackie A6 dan negatif penyakit Monkeypox (cacar monyet) serta lain-lain virus yang diuji," katanya.

Sebelum ini, KKM dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang notifikasi berhubung jangkitan virus berkenaan di negara ini

KKM berkata, ia termasuklah kes membabitkan kanak-kanak yang didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan.

Terdahulu, tular tangkap layar memaparkan dakwaan yang mengatakan penyakit itu sudah merebak ke Malaysia.

Paparan berkenaan turut disertakan dengan gambar seorang kanak-kanak yang mengalami simptom persis penyakit cacar monyet pada bahagian tangannya.

Tangkap layar tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti cacar monyet.

Image via Facebook

Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, amalkan konsep tidak pasti jangan kongsi!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: