Persis Jenama Mewah Gucci, Beg Tangan Keluaran Bata Berharga RM119 Ini Jadi Rebutan Ramai
Dah sold out di laman web rasmi Bata, Shopee dan Zalora.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa tidak kenal dengan jenama mewah Gucci, setiap pencinta fesyen pasti mendambakan untuk memiliki barangan dari jenama mewah asal Itali ini
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok mengenai sebuah beg tangan keluaran Bata dikatakan mirip seakan-akan jenama mewah Gucci.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah rekaan, bentuk dan warna beg tangan dari Bata itu pula semuanya kelihatan sama seperti beg tangan Gucci.
Tonton video penuh tersebut di bawah:
Beg tangan keluaran Bata itu telah sold out di Malaysia selepas viral kelihatan seperti jenama mewah Gucci
Sebagai rekod, Jackie 1961 small shoulder bag keluaran Gucci dijual pada harga RM11,411.40, manakala beg tangan Prive keluaran Bata itu pula cuma berharga RM119.
Malah, hasil carian di internet juga mendapati beg tangan Bata itu sudah tidak dijual dan telah sold out di laman web rasmi Bata, Shopee dan Zalora.
"Okay done beli online, confirm ramai serbu Bata lepas ni" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan beg tangan keluaran Bata itu dan turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 710.9K views, 34.5K likes dan 1066 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!