seismik

Isu 'Traffic Jam' Melampau, Kerajaan Pertimbang Untuk Laksanakan Caj Kesesakan

Ia bertujuan mengurangkan perjalanan waktu puncak, mengurangkan kesesakan jalan raya da menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Cover image via Eizairi Shamsudin/Berita Harian & Tripadvisor

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Keadaan trafik dan lalu lintas di negara kita sering dibelenggu kesesakan terutama sekali di beberapa kawasan Lembah Klang ketika waktu puncak

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Bernama, pengenalan ‘kadar harga jalan’ iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara.

Ini berikutan pendekatan yang juga dikenali sebagai ‘caj kesesakan’ itu telah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura; London, United Kingdom; Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali.

Langkah untuk masa panjang ini juga bertujuan mengurangkan perjalanan waktu puncak, mengurangkan kesesakan jalan raya serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, namun adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bersedia sekiranya ia dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang selepas sistem jaringan pengangkutan awam siap sepenuhnya?

Penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan

Mengulas mengenai isu itu, Pensyarah Pengangkutan dan Logistik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Harlina Suzana Jaafar berkata, walaupun lebih selesa membawa kereta sendiri, masyarakat perlu sedar kenderaan pensendirian merupakan punca utama kepada kesesakan.

Jelasnya, penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan malah ia menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi.

Langkah itu termasuk mempersiapkan infrustruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain termasuk basikal, skuter, dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.

"Secara kesimpulannya, penambahbaikan adalah harus menuju ke arah ‘modal split’ atau ‘modal share’ iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.

"Walaupun ramai yang berpandangan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut," katanya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan dijangka mempertimbangkan melihat semula struktur bayaran meletak kereta di dalam bandar setelah projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.

Ini termasuk melihat keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam yang sudah lengkap diwujudkan.

Pandangan sama turut dikongsikan Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Safizahanin Mokhtar yang menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti yang dilakukan di bandar utama luar negara.

“Mengambil contoh pelaksanaan caj kesesakan di kota London, ia mengambil tempoh 10. tahun kajian terperinci termasuk mengkaji pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.

“Pada awalnya ada bantahan, namun perlaksanaan itu dilakukan secara perlahan sehingga pengguna sendiri merasai impak iaitu pengangkutan awam bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan kesan tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2018 yang disediakan oleh Kementerian Kerja Raya, beliau berkata kualiti jalan raya utama di ibu kota berada antara tahap D (sederhana) dan tahap F (gagal) untuk menampung bilangan kenderaan disebabkan pertambahan yang tinggi sehingga berlakunya kesesakan teruk.

Beliau berkata ini pula disokong dengan laporan daripada ‘The Asean Secretariat’ pada 2017 yang menyatakan rakyat Malaysia memiliki kenderaan persendirian kedua tertinggi iaitu sebanyak 896.7 kenderaan bagi 1,000 penduduk selepas Brunei berbanding Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: