seismik

KKM Arah Produk Aiskrim Jenama Haagen-Dazs Ditarik Balik & Dikeluarkan Daripada Pasaran

Dikesan mengandungi bahan karsinogenik jenis etilena oksida (ETO).

Cover image via Bernama & AFP

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu produk jenama aiskrim popular, Haagen-Dazs, ditarik semula daripada pasaran selepas dikesan mengandungi bahan karsinogenik jenis etilena oksida (ETO)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata, ia berdasarkan laporan notifikasi Sistem Amaran Pantas untuk Makanan Suruhanjaya Amaran Makanan Eropah (EURASAFF).

"Notifikasi itu menyatakan berlaku penarikan balik produk aiskrim dari Perancis yang mengandungi ekstrak vanila dari Madagascar dikesan mengandungi ETO melebihi tahap dibenarkan.

"Produk aiskrim terbabit diedar ke beberapa negara termasuk Malaysia," katanya.

Image via AFP

Sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga

Jelas beliau lagi, sejak isu itu dilaporkan dan notifikasi diterima KKM pada Julai lalu, tindakan sewajarnya diambil yang mana syarikat mengimport menarik balik produk aiskrim terbabit di pasaran secara sukarela.

"Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan produk terbabit tidak dipasarkan di negara ini.

"ETO adalah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

"Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Katanya, pengguna yang ragu-ragu terhadap produk berjenama itu di pasaran boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau membuat pertanyaan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq.


Berikut di bawah adalah kenyataan rasmi penuh yang dikeluarkan KKM mengenai isu yang tular:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: