x

seismik

Gangguan Bekalan Elektrik: TNB Akan Beri Rebat Bagi Pengguna Yang Terjejas Akibat Blackout

Butiran terperinci mengenai rebat ini akan dibentang di Parlimen pada 4 Ogos ini.

Cover image via Harian Metro & FMT Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi rebat kepada pengguna terutama peniaga yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia, Rabu lepas

Menurut laporan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, didapati pada hari kejadian seramai satu juta pengguna akaun domestik, industri dan komersial terkesan dengan gangguan yang berlaku sejak 12.39 tengah hari itu.

"Pengguna yang terkesan seperti peniaga boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian dialami.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai rebat itu akan saya bentangkan di Parlimen pada 4 Ogos depan," katanya.

Image via Harian Metro

Tambah Takiyuddin lagi, keputusan muktamad kelayakan pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapatkan rebat susulan kejadian gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Rabu lepas juga adalah tertakluk kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Jelas beliau, siasatan yang dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan TNB itu dijangka selesai dalam tempoh satu bulan dari tarikh kejadian.

Selain memastikan punca dan kesan gangguan, siasatan itu juga akan meneliti dan menentukan sama ada kejadian tersebut mematuhi Standard Prestasi Perkhidmatan (GSL) TNB atau sebaliknya.

TNB berjaya pulihkan bekalan elektrik di kawasan yang mengalami gangguan dalam tempoh 2 jam 21 minit

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memuji tindakan pantas pihak TNB yang berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik di kawasan mengalami gangguan dalam tempoh dua jam 21 minit.

"Disebabkan masalah yang berlaku pada hari itu, kita perlu menjaga kestabilan tenaga sehingga terpaksa mencatu kawasan tertentu yang tidak kritikal.

"Pada masa yang sama kita memastikan hospital, lapangan terbang dan Parlimen yang bersidang ketika itu tidak mengalami gangguan bekalan elektrik," katanya.

TNB mengesahkan berlaku insiden percikan api 'flashover' dan kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng.

Image via Harian Metro

TNB dalam kenyataan Rabu lepas memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Kerosakan itu mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

Sama-sama kita nantikan butiran terperinci mengenai rebat ini akan dibentang di Parlimen pada 4 Ogos ini, jangan lupa claim ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: